Sunday 8 April 2012

Dietetik: Apa tuu?


masa-masa cuti mid sem yang lebih kurang seminggu ni..
boleh la dikatakan dipenuhi dengan dok kat dapur..
try masak itu ini..
yang ada kat dalam lab manual prinsip penyediaan makanan..
*padahal masak sikit je..ye2 je dok dapur lama-lama. :p*

and rasa bersyukur sangat sebab belajar kos dietetik ni.. :D
sebab berjaya menarik diri ini mula minat acara masak memasak!
mana tak nya...
dari semalas-malas umat nak dok dapur memasak..
tetiba terpaksa merajinkan diri..wahaha.
satu kemajuan yang sangat maju!

naa..tetiba rasa macam nak cerita pasal 'DIETETIK'..
huh?. apa tuu..
itulah kos yang aku tengah dok mengaji sekarang.. :)

sejujurnya dah penat bila orang dok tanya..
'blaja apa'..and bila sebut dietetik..
maka terserlah la blur2 kat muka orang yang bertanya..
bukan jawab soalan..lagi tambah tanda soal ada laa...haila~ -.-"

apo bondo eh jang?!

okeh! dipendekkan cerita..dietetik ni serious satu kos yang sangat-sangat best..
tak tipu punya...
dietetik ni..kita belajar pasal makanan..haa..haruslah gumbira kan bila sebut makanan..makan..makan-makan..nyum nyum!..wahaha..
dan yang paling penting..dietetik ni basic dia science..
tak ke untung..
kita belajar science..
pastu ada chance lagi nak belajar pasal makan-makan ni..
masak-masak..makan-makan..
belajar cara nak handle makanan..
emm..benda yang memang kita buat hari-hari..iaitu..MAKAN!

gendang gendut tali kecapi, senang perut suka hati. :D

maybe ada yang akan kata..
'eleh, setakat belajar masak..campak-campak pun sodap je..tu pun nak kecoh. kan boleh belajar kat rumah..belajar sendiri pun bolehhh'

choop! choop!
tapi kan..berapa ramai la kan..yang memang rajin sangat nak tolong masak kat dapur tu..
selagi ada kakak..atau mak tak panggil..
selagi tu la dok ngadap tv kan..tak pun ngadap fb..
konon-konon buat assignment la tu..ceh.

at least, bila kita study dietetik ni..
kita bukan setakat belajar masak..
tapi, kita apply science dalam apa yang kita buat hari-hari..

kita akan belajar apa effect satu-satu makanan tu bila berjaya ditelan oleh kita..
at least, kita boleh praktik apa yang kita belajar tu dalam kehidupan seharian kita kan..
and kita boleh tolong orang.. :D

kita boleh tolong orang yang nak kurus..nak tambah berat badan pun boleh..
kita boleh tolong orang yang sakit untuk makan sesedap yang boleh..
sebab kita belajar pasal penyakit (pathology), belajar pasal ubat (pharmacology)..
cz ada sesetengah makanan akan bagi effect pada ubat yang kita ambil..

kita jugak belajar..makanan yang sesuai untuk orang merangkumi pelbagai jenis umur..
dari baby, ibu mengandung, orang tua, ahli sukan, etc.
haa. kan best?. kan? kan?.
kita boleh plan diet untuk mereka-mereka ni..

naa..itu kira yang basic-basic untuk dietetik..
tapi kan..
ada jugak benda lain yang kita belajar dari dietetik ni..
kita belajar cara nak communicate dengan orang..
kita kena pandai pujuk orang supaya diorang boleh cerita masalah diorang dengan kita..
cz masalah pemakanan bukan atas dasar penyakit semata-mata..
kadang-kadang ada masalah lain..yang berkaitan dengan emosi..akan effect habit pemakanan seseorang..
and banyak lagi lah..

i want both! haha. *tamak*

so, harap-harap entry kali ni boleh la bagi sikit-sikit input tentang apa itu dietetik..
and..
the most important thing..
kalau awak belajar 'DIETETIK @ DIETETICS'..
awak akan digelar 'DIETITIAN' lepas awak-awak grad nanti..
Insya-Allah~

"Apapun yang kita lakukan, pastikan ia memberi manfaat pada orang lain"



Thursday 5 April 2012

Tipah Tertipu



Satu hari, cik tipah join girls outing dgn cik minah, cik bedah dan cik senah. Cik tipah rasa teruja yang teramat sangat..ye lah..nak keluar dgn girls yang gedevogue gedevast kan..hotsetuff lagi..Sampai je kat tempat girls hot ni janji..

Cik Tipah : Assalamualaikum~
Cik Minah : Hye Tipah! wah2..long time no see..mmuah2..

Cik Tipah bagi salam..Cik Minah jwb 'hye'..
Cik Tipah malu..rasa macam x standard je dengan hotsetuff..puff~ -.-"

Lepas tu, cik bedah pun sampai..
cik tipah terkesima tengok cik bedah make up ala2 artis hollywood gitu..
wow!

Cik Bedah : Eh, Tipah..apsal muka you pucat je ni..aihh~ you ni..make up la sikit..baru la berseri-seri macam I..tak class la you ni..
Cik Tipah : Hehehehe...

Cik Tipah tak pandai nak make up macam Cik Bedah..
Ouch..Cik Tipah malu..rasa macam kampung-kampung je..tak class??..puff~ -.-"

Selang berapa minit, cik senah call..dia tunggu kat tempat karaoke..
cik tipah, cik bedah and cik minah pun pergilah kat tempat karok tu..

Cik Senah: Haa..cepat2..you all pilih lagu apa..let's rock babeh!
Cik Minah : I nak nyanyi lagu Salma gomez..!
Cik Bedah : I nak nyanyi lagu Kati Ferry~ yaw!
Cik Tipah: .........
Cik Senah : Tipah, you nak nyanyi lagu apa?..common babeh~
Cik Tipah : Tak pelah..saya sakit tekak..hehehehe..

Sebenarnya bukan cik tipah sakit tekak..cik tipah x pandai nyanyi lagu2 omputih ni..kalau ye pun..lagu2 maher zain ke..lagu2 nasyid ke..cik tipah tahulah..
Cik tipah malu..puff~ -.-"




Lepas balik dari girls outing tu..Cik Tipah golek2..baring2..
Cik Tipah fikir..
Alahai tipah..betapa tak vogue nya lah kau tipah...
betapa tak class la kau ni tipah...
betapa outdated nya la kau tipah...
ohh..cik tipah malu.. :(

Cik Tipah pun pasang lah radio..
Lepas tu cik tipah dengar lagu ni..


Oh, Cik Tipah tertipu rupanya..
Cik Senah, Cik Bedah dan Cik Minah la yang sepatutnya malu..
Ouch, Cik Tipah tertipu..
Tertipu dengan godaan dunia.. -.-"

"Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus"