Sunday 30 December 2012

2013 - Azam Tahun Baru-

Pepatah arab,  "Masa yang pantas itu begitu mengajaibkan tetapi kelalaian manusia pada masa yang pantas itu lebih mengajaibkan.". 2012 berlalu, masuk dah 2013. Fuh! Cepatnya masa.. 

Bila masuk tahun baru, ramai yang mula pasang azam. Kat mana-mana pun topic cerita pasal azam. Azam tu sebenarnya apa?. Azam tu something yang kita nak dapatkan dengan sungguh-sungguh. SUNGGUH-SUNGGUH! Dan azam tahun ini, untuk laksanakan azam tahun lepas. -.-' apakah? Kenapa la azam tu tak tercapai-capai lagi.. eh, kejap. Pause jap. Yang kita buat dulu tu..ye ke azam? atau sekadar angan-angan? cita-cita? azam? azam? Seroiusly AZAM??

Azam tu dibuat bukan sekadar state apa title azam tu. Kita kena rancang azam tu. Setiap yang mula, setiap kita buat, kita akan ada plan kan? Kalau takde plan, cmne nak laksanakan? Sama jugak lah dengan azam tu. Oh mai~~ nak rancang-rancang segala..leceh! Oit! tak susah pun nak rancang..

1. Specific kan apa yang kita nak. ; Nak dapat dean list! *dengan semangat yg berkobar-kobar*
2. Yang kita nak tu, mesti boleh di ukur. ; Nak dpt 3.7. Eh, tak specific lagi tu~ Untuk setiap subject, kena dapat markah 85 ke atas. Continous assessment target berapa? Final target berapa? *nampak tak? nampak tak berapa banyak usaha yg kita perlu kat situ? Semangat!*
3. Boleh dicapai. *Anda mampu mengubahnya. :p*
4. Ada kaitan dengan kita. *Dah kenapa nak azam untuk milah dapat dean list? -.-" kan?~~*
5. Boleh diukur dengan fasa masa. 

Senang kan? Umpama " Aku nak makan kek. Kek apa? Kek red velvet --> Berapa banyak? Satu kilo --> Larat nak makan? Yeah! --> Apa kaitan? Aku kenyang perut, suka hati. --> Berapa lama masa nak habiskan? Setengah minit pun boleh~~" . Haa. senang kan? Tapi sila jangan pasang azam seperti ini. Buruk ngat aiih~ 

Harus diingat! Azam kita kena bersandarkan pada asas yang sangat kukuh. Of course, azam kita untuk dapat yang terbaik kan. Untuk dapat yang terbaik, banyak anak tangga yang kita kena daki. Dan bila kita berjaya daki hingga anak tangga yang paling tinggi, kalau tak ada sandaran atau dinding, apa jadi? Seram woo~ Bayangkan korang naik tangga tinggi-tinggi, tapi takde dinding. Gayat. Takut jatuh. Apa jadi kalau jatuh? Sakit nya! Peritnya! Sebab tu penting sandaran. Azam kita sandarkan pada apa? Sandarkan pada hubungan Allah, Rasulullah. Sebab bila takde sandaran yang kukuh, sakit yang kita rasa waktu jatuh nanti..akan lebih perit, lebih pedih dari mereka yang tak berjaya untuk daki anak tangga yang pertama tu. Oh, sila jangan sekadar sandarkan pada kenangan. >.<

Biasa lah, nak capai azam tu ada cabaran. Kalau tak, tak thrill la kan? Tengok movie pun..kalau takde conflict, takde watak perempuan jahat nak rampas suami/pakwe orang, jadi bosan jugak. Dan cabaran paling besar..jeng jeng jeng..Orang sekeliling kita. Yes. Orang sekeliling yang jadi penasihat kita, yang selalu dengan kita, yang banyak pengaruh kita.
Kenal Haman? Penasihat Firaun. Dulu, Firaun tu hampir-hampir termakan manisnya kata-kata nabi Musa ajak dia terima Islam. Semalaman dia fikir. tapi, bila dia jumpa Haman, Haman cucuk dia. Haman kata, kau nak lepaskan takhta kau, beri bumi ni pada yang lain? hilang kuasa kau?. Terus Firaun kekal jadi Firaun. Hampir dah tu..sikit lagi. Penasihat punya pasal cucuk jarum, terus jadi pena-sakit! tak sihat dah. So, jaga-jaga dengan Haman kamu..

Ustaz Zul Ramli, dalam buku U-turn ke jalan lurus ada state. Jika hati membisik, bolehkah aku berubah? Katakan TIDAK pada soalan itu. Sebab badan kita ada berjuta-juta sel. Sel-sel kita berubah setiap masa. Di penghujung tahun, dah byk sel yg berubah. Dah jadi kita yg baru dah pun. Cuma, perubahan dalam diri kita adalah ke arah yg lebih baik. Percayalah, semua orang memang berubah. 
Bayangkan kita jalan kat satu highway, tengok pokok tepi jalan tu pada tahun 2012..Kita lalu lagi pada tahun 2013. Kita kata, takde apa pun yang berubah? sama je.. Tapi, sebenarnya, daun pokok tu dah banyak yang gugur, diganti dengan daun yang baru. Kita tak sedar. 

Azam tu bukan sekadar pada title 'Aku nak jadi baik'. Tapi pada perincian 'Macam mana?'
Macam baca nota nak exam, kalau setakat tahu tajuk je, cmne nak jawab exam kalau tak baca details kan? *mode= final exam di ambang 2013*


Tuesday 11 December 2012

Salahkah Aku?

Manusia sering buat salah dan silap.
Salah langkah.
Salah perbuatan.
Salah faham.
Salah tafsir.
Serba salah.

Maaf, kerana saya terlalu banyak lakukan salah dan silap.

Salah dan silap orang, memang mudah kita lihat.
Mudah untuk kita jatuhkan hukuman.
Mudah kita serongkan pandangan.
Mudah kita keluarkan makian.
Mudah kita mengata.

Maaf, kerana saya mudah lakukan salah dan silap seperti ini.

Kita marah bila orang kata kita salah.
Kita cuba pertahankan apa yang kita buat. Walaupun salah.
Kita kata mereka yang tak faham.
Kita marah mereka yang cuba tolong betulkan.

Kenapa?

Sebab diri terlalu ego.
Sebab diri terlalu susah mengaku salah.
Sebab diri terlalu susah untuk memohon maaf.
Sebab diri terlalu sombong untuk terima pandangan orang lain. 

Masih salah lagikah sebab-sebab itu?

Allah..
Banyak nya salah kita.
Sudahlah buat salah pada awal.
Buat salah pada orang yang kita rasa mereka bersalah.
Dan buat salah pada orang yang cuba tolong betulkan.


Itu baru salah pada makhluk.
Salah pada Pencipta?
Kita sedar?
Atau kita buat-buat tak sedar?
Sebab kesan dan hukuman dari salah itu Allah tak beri on-the-spot?

"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya."
(Surah Faatir, 35: 45)

Terlalu banyak salah kita.
Kalau Allah terus seksa kita on-the-spot, takde apa lagi yang tinggal atas muka bumi ini.

Masih tak nak mengaku salah kita?

Muhasabah.

Renungkan.

Fikir sejenak.

Mohon maaf pada semua.

Mohon keampunan dari Yang Maha Pengampun.

Untuk semua salah silap.

Samada sedar atau tidak.
Samada sengaja atau tidak.

Saturday 13 October 2012

Me? Golf?



Memang tak pernah langsung terlintas mahupun tercuit kat dalam kepala ni seumur hidup nak main golf. Tup tup semester ni kena amek golf untuk subject koko. woha! Mula-mula memang rasa cm nak tercabut jantung gak time nak daftar koko golf. Tapi, bila fikir2 balik, untung jugak dapat golf. Bukan senang woo nak dapat chance belajar main golf. Even nak g main pun kena bayar beratus2. untuk main. Tapi nak main mesti la ada kayu golf. Beribu2 tuu. Ni kan pulak nak mintak suruh orang ajar. pergh. Merasa jadi orang kaya kaya untuk satu sem ni. wee~

En. Hamster pun pandai main! ini tak boleh jadi..


Kalau dulu tengok orang main golf. ' Alah, takat pukul-pukul bola masuk lubang'. Tu je la yang tau. Padahal, golf sebenarnya ada seni. cewah. Ada taknik-teknik yang kita kena practice berkali-kali untuk pukul bola tu jauh-jauh. *Teringin nak masuk koko gamelan. Dapat golf pun takpe la. SENI kann.*

Cuba nak sedapkan hati bila dapat koko golf ni sebenarnya..Think positif..Fikir yang baik-baik je..walaupun tak pernah terhingin pun nak main..wuwuwu~

Tapi bila dah main rasa macam taknak lepas kayu golf tu. kikiki. Itu lah manusia (atau mungkin aku sorang je?), suka benor bagi persepsi buruk time awal-awal. last2, sendiri jatuh cinta. Err,..atau mungkin belum jatuh lagi kot. Baru terpelecok sikit. :P





Thursday 11 October 2012

Menangis


Waktu bayi
Menangis itu kerana lapar
Menangis itu untuk perhatian
Menangis itu untuk meluahkan apa yang dirasa dalam hati
Tak kira pada siapa, masa bila atau mana-mana
Asal terluah dengan tangisan dan ada yang memujuk
Itu sudah cukup


Waktu kanak-kanak
Menangis itu untuk dapatkan sesuatu
Menangis itu masih untuk perhatian
Menangis pada tempat yang sesuai
Pada mereka yang kita tahu
Pasti akan memujuk

Waktu remaja
Menangis bukan satu pilihan
Luahkan dengan kata-kata
Luahkan dengan perbuatan
Mula waktu memberontak
Masih untuk menarik perhatian
Mereka yang sudi memberi prihatin


Alam dewasa
Tangisan hanya terluah dalam keadaan memaksa
Tangisan yang tak siapa dengar
Hanya mampu menangis dalam hati
Hanya mampu pujuk diri sendiri
Tak siapa lagi peduli

Atau mungkin ada yang masih prihatin
Tapi boleh dibilang dengan jari

Pabila usia semakin matang
Hati juga harus matang
Fikiran itu perlu matang
Hati perlu tabah
Fikiran perlu teguh

Tak perlu menangis merayu pada sang manusia
Yang belum tentu mampu menolong
Pilih pada satu jalan
Pulang pada Yang Esa
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar

Mengadu pada Yang Satu
Pasti hati jadi utuh
Mengadu pada yang lain
Takut hati makin perit 

Constant


Thursday 27 September 2012

Hati-hati Menjaga Hati

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kebanyakan orang memang hebat bila bagi nasihat, bila berkata-kata. Tapi, hakikatnya..bila dah terkena batang hidung sendiri, baru tahu peritnya, sakit, derita, sedih, hancur luluh hati tu. Soal hati, memang berlambak-lambak orang sibuk kata. Jatuh hati, sakit hati. Sebab hati ni rapuh. Tapi, berapa ramai yang concern dalam jaga hati orang sekeliling? Yang kuatkan hati tu ialah iman dan ilmu. Tapi, berapa ramai yang punya hati kuat, tabah, cekal secekal Nabi Muhammad s.a.w? Baru kena sergah dah melatah. baru kena cuit dah melenting. Baru kena terjah dah menangis. Baru ditegur dah tersentap. Alahai hati, jangan lah terlalu rapuh. Sebab tu kena hati-hati bila bermain dengan hati. Kalau tak hati-hati, alamatnya..makan hati lah der..

Tuesday 21 August 2012

Duka-rela

Orang kata kalau kita nak buat sumthing mestilah buat sepenuh hati. cewah. Buat sebab kita suka bukan sebab terpaksa. 

Bila time-time jumpa dengan sedara-mara ramai-ramai, maka bermulalah sesi bertanya bersoal berjawab. Kalau si teruna si dara yang dah habis belajar, soalan cliche, "Bila mu nak nikoh?". Kalau cik kakak cik abang yang masih belajar, "Belajar kat mana? Lagi berapa tahun?". Kalau cik adik-adik yang baru habis spm, "Lepas ni nak belajar kat mana? Nak ambik kos apa?"

Kalau setakat nak tanya-tanya takpelah jugak. Tapi bila dah terkeluar ayat banding-bandingkan tu. Err...gerenti rasa macam urgh!! rimas kot. Kesian pun ada kat sesetengah anak yang terpaksa menurut semua cakap mak bapak diorang. Chop2!! mestilah, anak kena patuh cakap parents. Yang tu memang tak dinafikan. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Tapi, parents sepatutnya consider la anak tu minat apa kan. Jangan sebab nak gah sangat, sampai anak jadi mangsa. Anak tu takde jiwa langsung nak belajar medic, dipaksa jugak anak tu amek medic. Sedangkan anak tu punyalah pandai melukis..memang dari kecik nak jadi arkitek. Kenapa la nak seksa anak tu. alahaii, nasib lah kau dapat mak bapak gaya macam tu. Lepas tu, bila anak tak boleh nak bawak, belajar separuh jalan, di brain wash nye budak tu dengan kata-kata bandingan (eh, paham-paham je la kata bandingan tu apa. aku pun tak tau nak tulih cemana). Sadis. Yang akan si anak salahkan nanti, mak ayah jugak. Dah jadi satu hal. Atau mungkin bila anak tu dah kerja sekalipun, mungkin kerja dengan terpaksa. Kerja yang sepatutnya dapat topup pahala banyak kalau buat dengan ikhlas, jadi sebaliknya sebab buat sebab terpaksa. 

sob..sob..tak mau la cenggini..dah grad pun tak happy.. *sumber pacik google*


So, bila buat sesuatu, biarlah buat atas dasar rela hati. bukan sebab terpaksa. Tak semestinya bila belajar kat tempat hebat-hebat, belajar kos hebat-hebat, ada cop 'dijamin jadi manusia hebat'. Takde semua tu. Yang penting usaha, ikhlas. Hakikatnya, kebanyakan orang yang belajar kat sekolah pondok yang selalu dipandang rendah oleh mereka yang terlalu sibuk mengejar nama-nama yang gah, mereka yang lepasan sekolah pondok ni lagi hebat dari mereka yang belajar jauh-jauh naik kapal terbang tu. Kalau mereka ikhlas lillahi ta'ala. Sebaik-baik manusia tu ialah bila mana mereka buat sesuatu demi agama Allah. Insya-Allah, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. 

Saturday 9 June 2012

Lepas ke?


Al-kisah, dalam satu kampung ni, ada la seorang lelaki kacak bergaya bijak and alim gitu. Satu hari, jeng jeng jeng..seorang penduduk kampung tu meninggal. Orang nya besaaarr sangat. Lelaki kacak bergaya bijak and alim tu pun ajak lah orang-orang kampung yang lain untuk sama-sama urus jenazah yang besar gabak tu..sebab, memang tersangat-sangat mustahil lah untuk dia sorang2 je yang urus jenazah tu. "Wahai orang-orang kampung sekalian, mai la kita urus jenazah ni..". Malangnya, serentak dengan itu, semua penduduk kampung menggeleng-geleng kepala mereka. Oh, takde siapa-siapa pun tahu nak urus jenazah melainkan lelaki kacak bergaya bijak and alim tadi tu. Pastu, lelaki kacak bergaya bijak and alim tersebut terpaksa la urus jenazah tu sorang-sorang. yang lain dok tepi je lah jadi pemerhati tanpa tahu apa-apa pun pasal nak urus jenazah. Dah settle semua-semua..dari mandi, kapan, solat. Tibalah masa untuk jenazah tu dikebumikan. Sadisnya, masa nak kebumikan tu, lelaki tersebut telah dihempap oleh jenazah yang teramat besar tu, dan meninggal lah lelaki tersebut tanpa sempat dia selesaikan urusan jenazah tu..
Persoalan nya sekarang..Haa..Dup dap dup dap.

Adakah lelaki tersebut terlepas daripada dosa?. sebab dia sorang je yang tahu nak urus jenazah kat dalam kampung tu, and hampir-hampir nak selesai uruskan jenazah besar tu. adakah? adakah? adakah?

Fikir...fikir...fikir...? Hmm~
Kita tahu, urus jenazah ni adalah fardhu kifayah. Lelaki tu dah jalankan fardhu kifayah. So?

" Katakanlah wahai ahli kitab! Mengapa kamu menghalang orang2 yang beriman daripada menurut ajaran Islam, kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)?" Dan ingatlah Allah tidak akan sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan" 
(Ali-Imran : 99)

Kaum yahudi, mereka dah tahu kebenaran sebelum kita lagi..and mereka sorok kebenaran tersebut. Mereka cuba untuk tegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran.

"..Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberi Allah kepadanya?.."
(Al-Baqarah : 140)


Jadi, nak ke kita join geng-geng yang Allah state sebagai zalim tu?. omo, omo, mestilah tak nak kan?.
Lelaki kacak bergaya bijak and alim gitu tadi sebenarnya masih belum terlepas coz dia tak sampaikan kebenaran @ ilmu yang dia ada tu kat orang lain yang blur-blur gitu. Memang dia ada ajak orang kampung tu untuk sama-sama uruskan jenazah tu, tapi dia tak sungguh-sungguh and takde alternatif untuk ajar dan terangkan kepada orang-orang kampung tersebut. Dan ingat, even nanti kita dah nak masuk syurga..lagi berapa milimeter tu..tup tup ada orang kata kita tak pernah ajar dia, tak pernah sampaikan pada dia..and orang tu on the way nak masuk dalam api yang membara-bara tu..kita pun akan sama-sama ditarik untuk suffering ever after dengan orang yang memanggil-manggil kita tu. Haa..sayang kan?. Sama-samalah kita share apa yang kita ada, and ajak orang lain untuk sama-sama rasa indah dan bahagia tu. Barulah osem! :)

Cerita pasal jenazah ni, jom kita tengok video jom!


"Ya Allah , jadikanlah aku anak yang memandikan ibu bapa ku, mengafankan ibu bapaku, mengimamkan solat jenazah ibu bapaku, menguburkan ibu bapaku, Ya Allah , jadikanlah kubur ibu bapaku nanti seperti taman dari taman-taman syurga. Ya Allah , Ya Allah, Ya Allah, Amiin Ya Allah, Yang Maha Melihat , Maha mendengar, Ampunkanlah segala dosa ibu bapaku. Tenangkan hati mereka melihatku , jadikan aku anak yang menyenangkan ibu bapaku di waktu mereka masih hidup dan setelah mereka pergi sebelumku."

"Sampikanlah dariku walau hanya satu ayat" (H.R Bukhari)



Sunday 8 April 2012

Dietetik: Apa tuu?


masa-masa cuti mid sem yang lebih kurang seminggu ni..
boleh la dikatakan dipenuhi dengan dok kat dapur..
try masak itu ini..
yang ada kat dalam lab manual prinsip penyediaan makanan..
*padahal masak sikit je..ye2 je dok dapur lama-lama. :p*

and rasa bersyukur sangat sebab belajar kos dietetik ni.. :D
sebab berjaya menarik diri ini mula minat acara masak memasak!
mana tak nya...
dari semalas-malas umat nak dok dapur memasak..
tetiba terpaksa merajinkan diri..wahaha.
satu kemajuan yang sangat maju!

naa..tetiba rasa macam nak cerita pasal 'DIETETIK'..
huh?. apa tuu..
itulah kos yang aku tengah dok mengaji sekarang.. :)

sejujurnya dah penat bila orang dok tanya..
'blaja apa'..and bila sebut dietetik..
maka terserlah la blur2 kat muka orang yang bertanya..
bukan jawab soalan..lagi tambah tanda soal ada laa...haila~ -.-"

apo bondo eh jang?!

okeh! dipendekkan cerita..dietetik ni serious satu kos yang sangat-sangat best..
tak tipu punya...
dietetik ni..kita belajar pasal makanan..haa..haruslah gumbira kan bila sebut makanan..makan..makan-makan..nyum nyum!..wahaha..
dan yang paling penting..dietetik ni basic dia science..
tak ke untung..
kita belajar science..
pastu ada chance lagi nak belajar pasal makan-makan ni..
masak-masak..makan-makan..
belajar cara nak handle makanan..
emm..benda yang memang kita buat hari-hari..iaitu..MAKAN!

gendang gendut tali kecapi, senang perut suka hati. :D

maybe ada yang akan kata..
'eleh, setakat belajar masak..campak-campak pun sodap je..tu pun nak kecoh. kan boleh belajar kat rumah..belajar sendiri pun bolehhh'

choop! choop!
tapi kan..berapa ramai la kan..yang memang rajin sangat nak tolong masak kat dapur tu..
selagi ada kakak..atau mak tak panggil..
selagi tu la dok ngadap tv kan..tak pun ngadap fb..
konon-konon buat assignment la tu..ceh.

at least, bila kita study dietetik ni..
kita bukan setakat belajar masak..
tapi, kita apply science dalam apa yang kita buat hari-hari..

kita akan belajar apa effect satu-satu makanan tu bila berjaya ditelan oleh kita..
at least, kita boleh praktik apa yang kita belajar tu dalam kehidupan seharian kita kan..
and kita boleh tolong orang.. :D

kita boleh tolong orang yang nak kurus..nak tambah berat badan pun boleh..
kita boleh tolong orang yang sakit untuk makan sesedap yang boleh..
sebab kita belajar pasal penyakit (pathology), belajar pasal ubat (pharmacology)..
cz ada sesetengah makanan akan bagi effect pada ubat yang kita ambil..

kita jugak belajar..makanan yang sesuai untuk orang merangkumi pelbagai jenis umur..
dari baby, ibu mengandung, orang tua, ahli sukan, etc.
haa. kan best?. kan? kan?.
kita boleh plan diet untuk mereka-mereka ni..

naa..itu kira yang basic-basic untuk dietetik..
tapi kan..
ada jugak benda lain yang kita belajar dari dietetik ni..
kita belajar cara nak communicate dengan orang..
kita kena pandai pujuk orang supaya diorang boleh cerita masalah diorang dengan kita..
cz masalah pemakanan bukan atas dasar penyakit semata-mata..
kadang-kadang ada masalah lain..yang berkaitan dengan emosi..akan effect habit pemakanan seseorang..
and banyak lagi lah..

i want both! haha. *tamak*

so, harap-harap entry kali ni boleh la bagi sikit-sikit input tentang apa itu dietetik..
and..
the most important thing..
kalau awak belajar 'DIETETIK @ DIETETICS'..
awak akan digelar 'DIETITIAN' lepas awak-awak grad nanti..
Insya-Allah~

"Apapun yang kita lakukan, pastikan ia memberi manfaat pada orang lain"



Thursday 5 April 2012

Tipah Tertipu



Satu hari, cik tipah join girls outing dgn cik minah, cik bedah dan cik senah. Cik tipah rasa teruja yang teramat sangat..ye lah..nak keluar dgn girls yang gedevogue gedevast kan..hotsetuff lagi..Sampai je kat tempat girls hot ni janji..

Cik Tipah : Assalamualaikum~
Cik Minah : Hye Tipah! wah2..long time no see..mmuah2..

Cik Tipah bagi salam..Cik Minah jwb 'hye'..
Cik Tipah malu..rasa macam x standard je dengan hotsetuff..puff~ -.-"

Lepas tu, cik bedah pun sampai..
cik tipah terkesima tengok cik bedah make up ala2 artis hollywood gitu..
wow!

Cik Bedah : Eh, Tipah..apsal muka you pucat je ni..aihh~ you ni..make up la sikit..baru la berseri-seri macam I..tak class la you ni..
Cik Tipah : Hehehehe...

Cik Tipah tak pandai nak make up macam Cik Bedah..
Ouch..Cik Tipah malu..rasa macam kampung-kampung je..tak class??..puff~ -.-"

Selang berapa minit, cik senah call..dia tunggu kat tempat karaoke..
cik tipah, cik bedah and cik minah pun pergilah kat tempat karok tu..

Cik Senah: Haa..cepat2..you all pilih lagu apa..let's rock babeh!
Cik Minah : I nak nyanyi lagu Salma gomez..!
Cik Bedah : I nak nyanyi lagu Kati Ferry~ yaw!
Cik Tipah: .........
Cik Senah : Tipah, you nak nyanyi lagu apa?..common babeh~
Cik Tipah : Tak pelah..saya sakit tekak..hehehehe..

Sebenarnya bukan cik tipah sakit tekak..cik tipah x pandai nyanyi lagu2 omputih ni..kalau ye pun..lagu2 maher zain ke..lagu2 nasyid ke..cik tipah tahulah..
Cik tipah malu..puff~ -.-"




Lepas balik dari girls outing tu..Cik Tipah golek2..baring2..
Cik Tipah fikir..
Alahai tipah..betapa tak vogue nya lah kau tipah...
betapa tak class la kau ni tipah...
betapa outdated nya la kau tipah...
ohh..cik tipah malu.. :(

Cik Tipah pun pasang lah radio..
Lepas tu cik tipah dengar lagu ni..


Oh, Cik Tipah tertipu rupanya..
Cik Senah, Cik Bedah dan Cik Minah la yang sepatutnya malu..
Ouch, Cik Tipah tertipu..
Tertipu dengan godaan dunia.. -.-"

"Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus"

Saturday 31 March 2012

Peduli




Bila kita sakit, kita sedih kalau tak ada yang ambil peduli.
Bila kita marah, kita sedih kalau tak ada yang nak dengar.
Bila kita kecewa, kita sedih kalau tak ada yang pujuk.

Tapi..

Layakkah kita untuk terima perhatian yang sebegitu..
Dari hambaNya..apatah lagi dari Dia yang maha kuasa.
Sedangkan kita
Tak peduli dengan saudara kita yang lain

Untukmu Palestin! 


Mata dibutakan
Telinga dipekakkan
Saat saudara kita 
Hilang keluarga
Hilang harta
Hilang kebebasan

Layakkah kita bergelar saudara?

Buka mata
Buka hati
Demi martabat Islam

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya"



Friday 27 January 2012

Di Sebalik Tawa

Di sebalik tawa

Di sebalik tawa 
tersingkap seribu rasa
yang kadang kala 
sengaja di sembunyi

Di sebalik tawa
tersingkap seribu bicara
yang kadang kala 
sukar diluah 

Di sebalik tawa
ingin berkongsi
rasa, bicara, dan pandangan
bersama kamu
yang masih punya hati, jiwa dan rasa
yang sudi menerima seadanya

Agar Yang di Langit menerima kita semuanya. :)