Sunday 30 December 2012

2013 - Azam Tahun Baru-

Pepatah arab,  "Masa yang pantas itu begitu mengajaibkan tetapi kelalaian manusia pada masa yang pantas itu lebih mengajaibkan.". 2012 berlalu, masuk dah 2013. Fuh! Cepatnya masa.. 

Bila masuk tahun baru, ramai yang mula pasang azam. Kat mana-mana pun topic cerita pasal azam. Azam tu sebenarnya apa?. Azam tu something yang kita nak dapatkan dengan sungguh-sungguh. SUNGGUH-SUNGGUH! Dan azam tahun ini, untuk laksanakan azam tahun lepas. -.-' apakah? Kenapa la azam tu tak tercapai-capai lagi.. eh, kejap. Pause jap. Yang kita buat dulu tu..ye ke azam? atau sekadar angan-angan? cita-cita? azam? azam? Seroiusly AZAM??

Azam tu dibuat bukan sekadar state apa title azam tu. Kita kena rancang azam tu. Setiap yang mula, setiap kita buat, kita akan ada plan kan? Kalau takde plan, cmne nak laksanakan? Sama jugak lah dengan azam tu. Oh mai~~ nak rancang-rancang segala..leceh! Oit! tak susah pun nak rancang..

1. Specific kan apa yang kita nak. ; Nak dapat dean list! *dengan semangat yg berkobar-kobar*
2. Yang kita nak tu, mesti boleh di ukur. ; Nak dpt 3.7. Eh, tak specific lagi tu~ Untuk setiap subject, kena dapat markah 85 ke atas. Continous assessment target berapa? Final target berapa? *nampak tak? nampak tak berapa banyak usaha yg kita perlu kat situ? Semangat!*
3. Boleh dicapai. *Anda mampu mengubahnya. :p*
4. Ada kaitan dengan kita. *Dah kenapa nak azam untuk milah dapat dean list? -.-" kan?~~*
5. Boleh diukur dengan fasa masa. 

Senang kan? Umpama " Aku nak makan kek. Kek apa? Kek red velvet --> Berapa banyak? Satu kilo --> Larat nak makan? Yeah! --> Apa kaitan? Aku kenyang perut, suka hati. --> Berapa lama masa nak habiskan? Setengah minit pun boleh~~" . Haa. senang kan? Tapi sila jangan pasang azam seperti ini. Buruk ngat aiih~ 

Harus diingat! Azam kita kena bersandarkan pada asas yang sangat kukuh. Of course, azam kita untuk dapat yang terbaik kan. Untuk dapat yang terbaik, banyak anak tangga yang kita kena daki. Dan bila kita berjaya daki hingga anak tangga yang paling tinggi, kalau tak ada sandaran atau dinding, apa jadi? Seram woo~ Bayangkan korang naik tangga tinggi-tinggi, tapi takde dinding. Gayat. Takut jatuh. Apa jadi kalau jatuh? Sakit nya! Peritnya! Sebab tu penting sandaran. Azam kita sandarkan pada apa? Sandarkan pada hubungan Allah, Rasulullah. Sebab bila takde sandaran yang kukuh, sakit yang kita rasa waktu jatuh nanti..akan lebih perit, lebih pedih dari mereka yang tak berjaya untuk daki anak tangga yang pertama tu. Oh, sila jangan sekadar sandarkan pada kenangan. >.<

Biasa lah, nak capai azam tu ada cabaran. Kalau tak, tak thrill la kan? Tengok movie pun..kalau takde conflict, takde watak perempuan jahat nak rampas suami/pakwe orang, jadi bosan jugak. Dan cabaran paling besar..jeng jeng jeng..Orang sekeliling kita. Yes. Orang sekeliling yang jadi penasihat kita, yang selalu dengan kita, yang banyak pengaruh kita.
Kenal Haman? Penasihat Firaun. Dulu, Firaun tu hampir-hampir termakan manisnya kata-kata nabi Musa ajak dia terima Islam. Semalaman dia fikir. tapi, bila dia jumpa Haman, Haman cucuk dia. Haman kata, kau nak lepaskan takhta kau, beri bumi ni pada yang lain? hilang kuasa kau?. Terus Firaun kekal jadi Firaun. Hampir dah tu..sikit lagi. Penasihat punya pasal cucuk jarum, terus jadi pena-sakit! tak sihat dah. So, jaga-jaga dengan Haman kamu..

Ustaz Zul Ramli, dalam buku U-turn ke jalan lurus ada state. Jika hati membisik, bolehkah aku berubah? Katakan TIDAK pada soalan itu. Sebab badan kita ada berjuta-juta sel. Sel-sel kita berubah setiap masa. Di penghujung tahun, dah byk sel yg berubah. Dah jadi kita yg baru dah pun. Cuma, perubahan dalam diri kita adalah ke arah yg lebih baik. Percayalah, semua orang memang berubah. 
Bayangkan kita jalan kat satu highway, tengok pokok tepi jalan tu pada tahun 2012..Kita lalu lagi pada tahun 2013. Kita kata, takde apa pun yang berubah? sama je.. Tapi, sebenarnya, daun pokok tu dah banyak yang gugur, diganti dengan daun yang baru. Kita tak sedar. 

Azam tu bukan sekadar pada title 'Aku nak jadi baik'. Tapi pada perincian 'Macam mana?'
Macam baca nota nak exam, kalau setakat tahu tajuk je, cmne nak jawab exam kalau tak baca details kan? *mode= final exam di ambang 2013*


No comments:

Post a Comment