Tuesday 21 August 2012

Duka-rela

Orang kata kalau kita nak buat sumthing mestilah buat sepenuh hati. cewah. Buat sebab kita suka bukan sebab terpaksa. 

Bila time-time jumpa dengan sedara-mara ramai-ramai, maka bermulalah sesi bertanya bersoal berjawab. Kalau si teruna si dara yang dah habis belajar, soalan cliche, "Bila mu nak nikoh?". Kalau cik kakak cik abang yang masih belajar, "Belajar kat mana? Lagi berapa tahun?". Kalau cik adik-adik yang baru habis spm, "Lepas ni nak belajar kat mana? Nak ambik kos apa?"

Kalau setakat nak tanya-tanya takpelah jugak. Tapi bila dah terkeluar ayat banding-bandingkan tu. Err...gerenti rasa macam urgh!! rimas kot. Kesian pun ada kat sesetengah anak yang terpaksa menurut semua cakap mak bapak diorang. Chop2!! mestilah, anak kena patuh cakap parents. Yang tu memang tak dinafikan. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Tapi, parents sepatutnya consider la anak tu minat apa kan. Jangan sebab nak gah sangat, sampai anak jadi mangsa. Anak tu takde jiwa langsung nak belajar medic, dipaksa jugak anak tu amek medic. Sedangkan anak tu punyalah pandai melukis..memang dari kecik nak jadi arkitek. Kenapa la nak seksa anak tu. alahaii, nasib lah kau dapat mak bapak gaya macam tu. Lepas tu, bila anak tak boleh nak bawak, belajar separuh jalan, di brain wash nye budak tu dengan kata-kata bandingan (eh, paham-paham je la kata bandingan tu apa. aku pun tak tau nak tulih cemana). Sadis. Yang akan si anak salahkan nanti, mak ayah jugak. Dah jadi satu hal. Atau mungkin bila anak tu dah kerja sekalipun, mungkin kerja dengan terpaksa. Kerja yang sepatutnya dapat topup pahala banyak kalau buat dengan ikhlas, jadi sebaliknya sebab buat sebab terpaksa. 

sob..sob..tak mau la cenggini..dah grad pun tak happy.. *sumber pacik google*


So, bila buat sesuatu, biarlah buat atas dasar rela hati. bukan sebab terpaksa. Tak semestinya bila belajar kat tempat hebat-hebat, belajar kos hebat-hebat, ada cop 'dijamin jadi manusia hebat'. Takde semua tu. Yang penting usaha, ikhlas. Hakikatnya, kebanyakan orang yang belajar kat sekolah pondok yang selalu dipandang rendah oleh mereka yang terlalu sibuk mengejar nama-nama yang gah, mereka yang lepasan sekolah pondok ni lagi hebat dari mereka yang belajar jauh-jauh naik kapal terbang tu. Kalau mereka ikhlas lillahi ta'ala. Sebaik-baik manusia tu ialah bila mana mereka buat sesuatu demi agama Allah. Insya-Allah, kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.