Saturday 11 May 2013

Kerana Cinta Itu

Kerana cinta itu mengasyikkan
Sehingga ramai yang menginginkan

Kerana cinta itu indah
Pencarian cinta tak pernah lelah

Kerana cinta itu suci
Cinta hakiki itu milik Tuhan

Pabila sang pemburu cinta makhluk terlalu asyik bermimpi, akhirnya mereka mula pasrah.
Kerana waktu itu, pemburu cinta itu sedar. Hanya dari Tuhan, cinta itu boleh diminta.

Cukuplah mencari 'imam' hidup, jika diri tak mampu menjadi makmum yang taat
Cukuplah mencari pendukung semangat, jika diri tidak punya api semangat

Kerana dia yang tertulis namanya di luh mahfuz sudah terpatri
Cuma perlu usaha dari si pemburu cinta
Untuk persiap diri menjadi ketua bahtera, menjadi penasihat anak kapal
Supaya bahtera itu, mampu pergi jauh ke tempat paling indah dijanjikan Tuhan dan tidak tenggelam dalam lautan gelora

Wednesday 8 May 2013

Ego

Manusia kadang terlalu ego
Pejam mata dari lihat apa yang benar
Pekakkan telinga dari dengar perkara yang jujur
Keraskan hati dari terima yang hakikat

Manusia ini terlalu sombong
Cuma fikir kesenangan sendiri
Tanpa fikir mereka di sekeliling
Yang memerlukan lebih dari simpati

Tunggu
Bila sampai masanya
Manusia ego itu terhantuk
Manusia ego itu terjatuh
Manusia ego itu tersungkur
Sehingga sakit dan luka pada hati

Moga-moga saja
Darah dan luka pada hati itu
Mampu sucikan ego yang terlalu hitam