Sunday 8 June 2014

viva-voce dietetik

Tanggal 9/6/2014. At last, VIVA yang buat orang makan terlebih kenyang, tidur terlebih masa sebab stress come to the end. 

9.15AM - pengawas yang jaga kat luar bilik mesyuarat LPU panggil nama. dup dap dup dap masuk. 
Bismillah..bukak pintu.

Dr.N - Assalamualaikum..
Me - tersengeh2 jawab salam. *er..masa mula masuk2 mmg blur. apa aku nak buat ni?.*
Dr.N - selak2 cari resume..Ok. awak practical kat mana ye? seremban ye?
me - *macam tersentap jap. sbb expect dia akan suruh introduce diri dulu* A..HTJ, seremban dan HPJ.
Dr.N - apa yang awak belajar kat hpj?
me - hpj endocrine center..so, basically, banyak kes dm yang saya jumpa kat sana..type1, type 2, patient on insulin pump..and saya jugak sempat belajar advanced CHO counting, Insulin CHO ratio dgn dietitian sana..
Dr.N - ok, bagus.. so, in general, apa risk factor utk dm?
me - bla bla bla...
Dr.N - type 2 sebab genetik x?
me - type 1.
Dr. N- type 2?
me - type 1 genetik,. type 2 mostly from environmental.
Dr.N - senyum2.angguk2..ok.. 
Dr.N - awak buat  community kat mana ye?
me - PDK bla bla..and mostly pelatih kat sana adalah down syndrome dan cerebral palsy. *time ni tak sebut pun pasal pelatih ADHD, sbb mcm ragu2 sikit ngn nutrition problem among pelatih ADHD kat situ..so, let it be silent..kikiki..* 
Pn.R + Dr.N - pdk ni under jabatan apa ye?
me - jabatan kebajikan masyarakat. hehe. *time ni dah macam..eh? yeke? :O tetibe hilang ingatan*
Pn. R - so, awak ada buat nutrition assessment x?
me - ada.
Pn.R - apa yg awak assess in specific?
me - saya assess anthropo bla bla bla..diet intake, sbb pdk x sediakan makanan, jd ibubapa akan bekalkan makanan utk mereka, and mostly makanan beli dan fatty foods. 
Pn.R - macam mana percent diet yang diorang practice? 
me - mostly memang mereka consume excess fat intake. tapi, honestly, untuk beritahu dengan specific how percent yang excess..saya minta maaf, saya tak ingat angka peratus tu.. * sob2..apasal la ko tak study slide report dolu2 T_T*
Dr.N - awak buat practical catering kat jb? hmm. hospital besar ni kan?
me - aah..
Dr.N - berapa bed?
Me+ Pn.R - about 1000beds..*eh, seb bek sama jwpn ngn pn.R*
Dr.N - so, apa yang awak belajar?
me - saya bernasib baik dapat peluang buat catering practical kat sana..dapat tengok macam mana persediaan makanan untuk hampir 1000 orang, dan kat sana.. bla bla bla..saya juga sempat, em, selalu ikut PPK served kat dalam wad..sbb sini ada centralized and decentralized..so, kalau plating siap kat dapur memang akan ikut portion dan label yang betul, selalunya kalau kat ward, portion and types of diet selalu silap..
Dr.N - awak kata, kalau kat ward selalu salah..so, kalau awak HOD, apa awak buat untuk masalah ni?
me - saya bla bla bla.....
Dr.N - awak buat inisiatif sijil halal untuk dapur hospital? apa beza HACCP dengan sijil halal?
me - bla bla blaaa.. *explain macam mana buat project tu, check dari supplier semua..*
Dr.N - so, kalau dah ada GMP and HACCP, mudah lah untuk apply sijil halal?
me - yep.
Dr.N- ok, pn.R, untuk soalan klinikal? *oh, berdebar-debar*
Pn.R - apa beza management GDM dengan type2 DM?
me - bla bla bla..
Pn.R - boleh awak bagi satu contoh nutrition diagnosis untuk GDM. apa-apa je.
me - bla bla blaa..
Pn.R - ok..
Dr.N - lepas ni awak nak buat apa?
me - saya nak kerja.
Dr.N - kerja macam mana?
me - saya suka untuk masuk klinikal setting and kalau dapat, itu lagi baik. tapi, kalau tak dapat untuk join klinikal setting, saya akan cuba masuk catering and bahagian market/sales dulu. 
Dr.N- ok, terima kasih..good luck~~

--- THE END ---

phew~


Wednesday 29 January 2014

Day 3 -- Clinical Attachment 1

Harini sv yang aku tagging cuti. so, tagging dengan dietitian lain. sebelum naik wad, ketua jabatan panggil duduk dekat office diorang. bahagian diorang makan-makan lepak-lepak. ada sekali 3 dietitian lain.
so far, mcm dah build rapport dgn diorang. borak-borak. harini rasa lagi dekat dengan senior-senior itu. huhu. lagi-lagi lepas dapat kata-kata semangat dari ketua jabatan di tambah dengan cerita dietitian yang sangat terkenal dengan garangnya, Cik A. rasa-rasa Cik A ni saje-saje buat garang kot dengan student. :P
end up, naik wad pukul 11 lebih. sob3~ lunch terpaksa skip sebab tak sempat. 10 minit untuk zohor. terus bergegas balik office sambung buat plan patient. dalam 2.30 naik wad semula. review lagi sekali fail sebelum nak present depan dietitian.

Harini dapat tengok, yang hidup nak mati sedangkan yang nyawa sipi-sipi penuh semangat dengan harapan nak sihat macam dulu.

Tak perlu ikut sangat darah muda yang asyik nak memberontak. rasa pahit jangan ditambah lagi dengan racun. sungguh. racun.

Dengar suara nazak dari katil sebelah dan katil tepi masa tengah tulis dalam fail patient. sedih sebab katil sebelah itu patient sendiri. habis tulis fail, lalu depan katil, tubuh tu dah ditutup dari kepala sampai ke hujung kaki. Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.

Hari dengan perasaan yang pelbagai. letih. seronok. sedih. macam-macam. life must go on. take positive things. :)

But still, banyak lagi yang aku kena belajar. Penat fizikal, rohani nya agak terisi sedikit harini.


Clinical Attachment 1

Day 1
Berjalan daki bukit, naik tangga jejantas yang tinggi, naik bukit lagi. Kelam kabut cari jabatan untuk lapor diri. Hari pertama. Punch card merah. hoho. alasan nya sesat (?). Macam biasa, hari pertama bermula dengan orentasi, pengenalan kepada hospital, jabatan dan juga 'ancaman'. haha.
Seriously, hari pertama sangat-sangat rasa down. macam menyesal kenapa aku pilih course ni dulu. rasa mcm apa je la yang aku belajar. apa yang aku tahu as final sem student. woha! semua soalan hanya dijawab dengan sebaris gigi tanpa suara melainkan 'hehehe'.

Bila ikut naik wad untuk tengok fail patient untuk pertama kali, rasa risau. tengok pulak tulisan yang begitu artistik. aduhai.

Hari pertama berakhir dengan perasaan demotivated.

Day 2
Start tagging dengan dietitian. kami berempat diasingkan. tagging dengan orang berlainan, disiplin lain-lain. dan real practical aku bermula dengan in-patient, wad perubatan. risau, cuak, nervous -- complete satu set. sv bg referral letter dan kena naik wad sorang-sorang untuk clerk patient (ambil data patient, dan buat assessment pada patient), dan plan untuk intervention yg perlu. 3 patient.
Terasa sangat kosong lagi-lagi bila semua patient dengan penyakit yg unfamiliar dan perlu makan melalui tiub (ryle's tube feeding). kalau dulu memang tak sentuh langsung patient yang RTF, tapi mulai sekarang itulah yang dihadap hari-hari.

Assignment bermula untuk isi sedikit tangki minda yang hampir kosong. Kalau takde assignment a.k.a pelincir, takut karat. jadi besi buruk. kontang kanting.

Thursday 2 January 2014

Counting Days

Sering hati ini rasa tidak begitu yakin untuk menempuh jalan berliku
Takut -- gementar -- tak yakin

Pejam celik
Kini hari-hari berbaki boleh dihitung dengan jari
Sebelum ke satu fasa kompetensi 
Mencabar kemampuan diri samada layak atau tidak
Menyarung jubah pada badan
Meletak topi petak atas kepala
Menggenggam skrol dalam genggaman
Dan paling penting
Berbakti pada manusia sejagat
Dengan ilmu tersemat dalam jiwa

Bulan demi bulan
Tahun demi tahun
Akan aku cuba sedaya boleh
Tidak mensia-siakan peluang diberi

Rezeki itu ketentuan Tuhan
Usaha dan serahkan pada Dia untuk menentukan
Sudah pasti yang diberi setimpal dengan usaha
Kerana Tuhan itu Maha Adil

"Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah"


Sunday 8 December 2013

Latihan Yang Meletihkan

Practice makes perfect.
Sesungguhnya latihan berterusan itu sangat meletihkan.
Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan berterusan.

'Jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka engkau harus sanggup menanggung pahitnya kebodohan' - Imam Syafie

Semoga terus dikuatkan semangat untuk mengaut sebanyak boleh ilmu Allah supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia sejagat.

Semoga terus diberi keikhlasan dalam hati untuk terus menerus membantu mereka yang memerlukan. Walau kadang-kadang, mereka tak sedar yang mereka memerlukan bantuan tersebut.



Sunday 17 November 2013

#1 Moral of The Story


************** Aspuri ***************

"Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada semua pelajar putri, anda ada masa lagi 5 minit untuk mengosongkan kawasan asrama."

" Dalam kiraan 10! 9! 8! 7! 6! 5! 4! 3! 2!..."

Lambat lagi.

Turun tangga lari-lari dengan muka sememeh. Tudung main sarung. Stokin pun kadang-kadang tak sempat nak pakai.

Isi borang merit asrama. Belek-belek kertas merit kawan sekelas perempuan yang lain. Cantik je kertas diorang.
Paling tak pun ada la 3 atau 4 column terisi.
Belek-belek kertas aku.
Eh, dah habis column. Tambah kertas?
Sengeh kat pengawas yang jaga pagar. Dia pun dengan senyum kambing hulur kertas baru.
Kesalahan yang sama pada setiap column -- Lambat

************** Dataran Perhimpunan***************

"Kita buka majlis kita dengan Ummul-Kitab, Al-Fatihah...."

Ah, Lambat! Penat je lari-lari nak kejar.
Dengan muka konon-konon tak bersalah. Beratur depan menghadap semua student lain.
Mula-mula malu. Lama-lama, lali.

Lama pulak ustaz sampaikan amanat.
Kaki dah lenguh. Mata dok usha budak-budak beratur dalam barisan.
Ada yang bisik-bisik, ada jugak yang mata dok kerling-kerling barisan budak lelaki. cis. sempat lagi.
Eh, macam kita pulak cikgu.

"Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah dan surah al-asr...."

Jantung mula berdebar. Ustaz turun pentas. Dekat tangan ada buluh kaler coklat. Namanya 'rotan'. Kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Ada tu siap mekap, balut-balut dengan tape tebal warna merah kat bahagian hujung. Rotan pun nak bergincu jugak kot.

"Kenapa lambat?" soalan cliche dijawab dengan jawapan cliche jugak lah. "Bangun lambat"
Kadang-kadang ustaz tak tanya dah. terus.. Zap!

Kalau tak tapak tangan, betis.
Oh, kadang-kadang buat exercise.
Squat? pfff.. a.k.a ketuk ketampi.

Frequency: at least 4 kali seminggu.

*Siaran tergendala*
-----------------------------------------------------------------------------
Terkejar-kejar sebab lambat -- Meletihkan
Beratur dalam kalangan minoriti yang gagal menghadirkan diri tepat pada masa di hadapan khalayak ramai yang rata-rata berjaya tepat pada masa -- Memalukan
Dirotan sudah pasti -- Menyakitkan

Sakit rohani, terzahir kepada sakitnya fizikal.
Puncanya mudah -- Malas. Tak Mahu Berubah.
Sebab hati dah keras. Biar apa orang kata.
Tapi sampai bila?

Kalau tak sanggup 'dirotan' berhari-hari,
Cuba untuk awal.
Kalau bangun pukul 6 pagi kita masih lambat walhal yang lain sudah siap tercegat di dataran.
Mungkin boleh cuba sejam lebih awal?
Sebab semua orang berbeza.
Ada yang boleh bersiap cantik, segak dalam masa sejam.
Ada yang perlu masa tambahan untuk sama cantik dan segak.

-- Mungkin aku perlu 3 jam lebih cepat?




#1 Rindu Zaman Itu

Rindu
Rindu zaman-zaman nakal
Rindu zaman-zaman asyik nak melawan
Rindu zaman sekolah

Betapa sabarnya cikgu-cikgu melayan karenah anak-anak murid yang pelbagai ragam
Dengan lambat keluar asrama, ponteng perhimpunan, ponteng kelas prep, cabut lari balik awal, solat dalam dorm, keluar tanpa kebenaran, macam-macam lagi.
Betapa sayangnya cikgu-cikgu menjaga anak-anak murid yang sakit
Walaupun anak-anak murid tu yang selalu buat cikgu naik angin.
Betapa tabahnya hati cikgu mengajar sampai aku faham. Berulang kali.
Walaupun sampai ke sudah tetap tak dapat score.
Betapa cekalnya cikgu bertahan dengan murid yang sama selama 5 tahun!

Antara subject yang memang aku tak minat, tak ada jiwa langsung
Sejujurnya
Biologi. Chemistry. Add Maths.
Sejujurnya lagi
Nama aku memang dalam top 5 setiap kali exam untuk subject-subject ni.
Top 5 dari bawah. -.-"
Siap kena masuk kelas khas untuk budak-budak 'special' lah sangat.
Tapi cikgu tak pernah nak herdik
Cikgu tak pernah nak merungut penat nak ajar
Cikgu tak pernah nak buat muka yang boleh buat aku terasa macam sangat useless.
Cikgu selalu bagi perhatian lebih
Ajar sampai faham, personally.
Cikgu bagi macam-macam tips.
End up, aku score cukup-cukup makan time SPM.
Tapi cikgu tak marah. tak layan aku macam budak bangang.
Cikgu still ingat nama, cikgu cakap, cikgu sayang anak murid dia. cikgu sentiasa doakan yang terbaik.

Betul lah, jadi pendidik bukan senang.
Sabar, ikhlas dan memahami.
Itu cikgu yang mendidik.
Tak cukup sekadar mengajar ABC, 123 tanpa ada nilai-nilai dalam proses didikan.
Sebab memang susah nak tembus masuk, lekat dalam hati, dalam kepala murid. Lagi-lagi yang slow macam aku.

Dan hari ini
Subject-subject yang macam dah takde harapan tu lah yang melekat dengan aku untuk hampir 6 tahun start habis sekolah. fuh!
Dan sampai hari ni
Aku takkan pernah lupa cikgu-cikgu yang sakit kepala selalu nak bagi aku faham subject-subject tu
Sebab sekarang, susah nak jumpa pendidik yang betul-betul mendidik dengan sabar, ikhlas dan faham setiap isi hati.