Saturday 13 October 2012

Me? Golf?



Memang tak pernah langsung terlintas mahupun tercuit kat dalam kepala ni seumur hidup nak main golf. Tup tup semester ni kena amek golf untuk subject koko. woha! Mula-mula memang rasa cm nak tercabut jantung gak time nak daftar koko golf. Tapi, bila fikir2 balik, untung jugak dapat golf. Bukan senang woo nak dapat chance belajar main golf. Even nak g main pun kena bayar beratus2. untuk main. Tapi nak main mesti la ada kayu golf. Beribu2 tuu. Ni kan pulak nak mintak suruh orang ajar. pergh. Merasa jadi orang kaya kaya untuk satu sem ni. wee~

En. Hamster pun pandai main! ini tak boleh jadi..


Kalau dulu tengok orang main golf. ' Alah, takat pukul-pukul bola masuk lubang'. Tu je la yang tau. Padahal, golf sebenarnya ada seni. cewah. Ada taknik-teknik yang kita kena practice berkali-kali untuk pukul bola tu jauh-jauh. *Teringin nak masuk koko gamelan. Dapat golf pun takpe la. SENI kann.*

Cuba nak sedapkan hati bila dapat koko golf ni sebenarnya..Think positif..Fikir yang baik-baik je..walaupun tak pernah terhingin pun nak main..wuwuwu~

Tapi bila dah main rasa macam taknak lepas kayu golf tu. kikiki. Itu lah manusia (atau mungkin aku sorang je?), suka benor bagi persepsi buruk time awal-awal. last2, sendiri jatuh cinta. Err,..atau mungkin belum jatuh lagi kot. Baru terpelecok sikit. :P





Thursday 11 October 2012

Menangis


Waktu bayi
Menangis itu kerana lapar
Menangis itu untuk perhatian
Menangis itu untuk meluahkan apa yang dirasa dalam hati
Tak kira pada siapa, masa bila atau mana-mana
Asal terluah dengan tangisan dan ada yang memujuk
Itu sudah cukup


Waktu kanak-kanak
Menangis itu untuk dapatkan sesuatu
Menangis itu masih untuk perhatian
Menangis pada tempat yang sesuai
Pada mereka yang kita tahu
Pasti akan memujuk

Waktu remaja
Menangis bukan satu pilihan
Luahkan dengan kata-kata
Luahkan dengan perbuatan
Mula waktu memberontak
Masih untuk menarik perhatian
Mereka yang sudi memberi prihatin


Alam dewasa
Tangisan hanya terluah dalam keadaan memaksa
Tangisan yang tak siapa dengar
Hanya mampu menangis dalam hati
Hanya mampu pujuk diri sendiri
Tak siapa lagi peduli

Atau mungkin ada yang masih prihatin
Tapi boleh dibilang dengan jari

Pabila usia semakin matang
Hati juga harus matang
Fikiran itu perlu matang
Hati perlu tabah
Fikiran perlu teguh

Tak perlu menangis merayu pada sang manusia
Yang belum tentu mampu menolong
Pilih pada satu jalan
Pulang pada Yang Esa
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar

Mengadu pada Yang Satu
Pasti hati jadi utuh
Mengadu pada yang lain
Takut hati makin perit 

Constant