Sunday 17 November 2013

#1 Moral of The Story


************** Aspuri ***************

"Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada semua pelajar putri, anda ada masa lagi 5 minit untuk mengosongkan kawasan asrama."

" Dalam kiraan 10! 9! 8! 7! 6! 5! 4! 3! 2!..."

Lambat lagi.

Turun tangga lari-lari dengan muka sememeh. Tudung main sarung. Stokin pun kadang-kadang tak sempat nak pakai.

Isi borang merit asrama. Belek-belek kertas merit kawan sekelas perempuan yang lain. Cantik je kertas diorang.
Paling tak pun ada la 3 atau 4 column terisi.
Belek-belek kertas aku.
Eh, dah habis column. Tambah kertas?
Sengeh kat pengawas yang jaga pagar. Dia pun dengan senyum kambing hulur kertas baru.
Kesalahan yang sama pada setiap column -- Lambat

************** Dataran Perhimpunan***************

"Kita buka majlis kita dengan Ummul-Kitab, Al-Fatihah...."

Ah, Lambat! Penat je lari-lari nak kejar.
Dengan muka konon-konon tak bersalah. Beratur depan menghadap semua student lain.
Mula-mula malu. Lama-lama, lali.

Lama pulak ustaz sampaikan amanat.
Kaki dah lenguh. Mata dok usha budak-budak beratur dalam barisan.
Ada yang bisik-bisik, ada jugak yang mata dok kerling-kerling barisan budak lelaki. cis. sempat lagi.
Eh, macam kita pulak cikgu.

"Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah dan surah al-asr...."

Jantung mula berdebar. Ustaz turun pentas. Dekat tangan ada buluh kaler coklat. Namanya 'rotan'. Kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Ada tu siap mekap, balut-balut dengan tape tebal warna merah kat bahagian hujung. Rotan pun nak bergincu jugak kot.

"Kenapa lambat?" soalan cliche dijawab dengan jawapan cliche jugak lah. "Bangun lambat"
Kadang-kadang ustaz tak tanya dah. terus.. Zap!

Kalau tak tapak tangan, betis.
Oh, kadang-kadang buat exercise.
Squat? pfff.. a.k.a ketuk ketampi.

Frequency: at least 4 kali seminggu.

*Siaran tergendala*
-----------------------------------------------------------------------------
Terkejar-kejar sebab lambat -- Meletihkan
Beratur dalam kalangan minoriti yang gagal menghadirkan diri tepat pada masa di hadapan khalayak ramai yang rata-rata berjaya tepat pada masa -- Memalukan
Dirotan sudah pasti -- Menyakitkan

Sakit rohani, terzahir kepada sakitnya fizikal.
Puncanya mudah -- Malas. Tak Mahu Berubah.
Sebab hati dah keras. Biar apa orang kata.
Tapi sampai bila?

Kalau tak sanggup 'dirotan' berhari-hari,
Cuba untuk awal.
Kalau bangun pukul 6 pagi kita masih lambat walhal yang lain sudah siap tercegat di dataran.
Mungkin boleh cuba sejam lebih awal?
Sebab semua orang berbeza.
Ada yang boleh bersiap cantik, segak dalam masa sejam.
Ada yang perlu masa tambahan untuk sama cantik dan segak.

-- Mungkin aku perlu 3 jam lebih cepat?




#1 Rindu Zaman Itu

Rindu
Rindu zaman-zaman nakal
Rindu zaman-zaman asyik nak melawan
Rindu zaman sekolah

Betapa sabarnya cikgu-cikgu melayan karenah anak-anak murid yang pelbagai ragam
Dengan lambat keluar asrama, ponteng perhimpunan, ponteng kelas prep, cabut lari balik awal, solat dalam dorm, keluar tanpa kebenaran, macam-macam lagi.
Betapa sayangnya cikgu-cikgu menjaga anak-anak murid yang sakit
Walaupun anak-anak murid tu yang selalu buat cikgu naik angin.
Betapa tabahnya hati cikgu mengajar sampai aku faham. Berulang kali.
Walaupun sampai ke sudah tetap tak dapat score.
Betapa cekalnya cikgu bertahan dengan murid yang sama selama 5 tahun!

Antara subject yang memang aku tak minat, tak ada jiwa langsung
Sejujurnya
Biologi. Chemistry. Add Maths.
Sejujurnya lagi
Nama aku memang dalam top 5 setiap kali exam untuk subject-subject ni.
Top 5 dari bawah. -.-"
Siap kena masuk kelas khas untuk budak-budak 'special' lah sangat.
Tapi cikgu tak pernah nak herdik
Cikgu tak pernah nak merungut penat nak ajar
Cikgu tak pernah nak buat muka yang boleh buat aku terasa macam sangat useless.
Cikgu selalu bagi perhatian lebih
Ajar sampai faham, personally.
Cikgu bagi macam-macam tips.
End up, aku score cukup-cukup makan time SPM.
Tapi cikgu tak marah. tak layan aku macam budak bangang.
Cikgu still ingat nama, cikgu cakap, cikgu sayang anak murid dia. cikgu sentiasa doakan yang terbaik.

Betul lah, jadi pendidik bukan senang.
Sabar, ikhlas dan memahami.
Itu cikgu yang mendidik.
Tak cukup sekadar mengajar ABC, 123 tanpa ada nilai-nilai dalam proses didikan.
Sebab memang susah nak tembus masuk, lekat dalam hati, dalam kepala murid. Lagi-lagi yang slow macam aku.

Dan hari ini
Subject-subject yang macam dah takde harapan tu lah yang melekat dengan aku untuk hampir 6 tahun start habis sekolah. fuh!
Dan sampai hari ni
Aku takkan pernah lupa cikgu-cikgu yang sakit kepala selalu nak bagi aku faham subject-subject tu
Sebab sekarang, susah nak jumpa pendidik yang betul-betul mendidik dengan sabar, ikhlas dan faham setiap isi hati.



Friday 15 November 2013

Kau Tak Faham

"Kau tak rasa apa yang aku rasa"

"Kau tak faham apa yang aku rasa"

"Untunglah kau, tak macam aku..."

Cukuplah
Tuhan itu adil
Apa yang kau rasa, dia tak rasa
Apa yang dia rasa, kau tak rasa

Jangan pentingkan diri sendiri dengan konon masalah aku besar gila
Orang lain semua takde masalah

Setiap orang ada masalah
Setiap orang ada rasa disimpan dalam hati
Setiap orang ada rahsia yang disimpan seorang diri tanpa siapa mengerti
Setiap orang juga ada sejarah tersendiri

Cukuplah ungkapkan kata-kata seperti orang lain tak punya sesuatu yang mengganggu fikiran dan hidup mereka
Mereka nampak senang, gembira
Sebab mereka tahu cara untuk hadapi dengan senyuman
Mereka tahu, mereka takkan dapat apa-apa dengan hanya mnengadu domba pada manusia
Mereka juga tahu tiada apa yang mereka dapat dengan hanya update status di facebook atau twitter

Larilah bersama semua yang menyerabutkan fikiran itu
Larilah menghadap Allah

Hidup Penuh Masalah

Ramai mengeluh bila berdepan dengan masalah
Cuba lari dari masalah
Masalah sering jadi halangan, punca hilang kekuatan dan semangat

Tapi tak ramai sedar
Masalah punca kepada sesuatu yang lebih baik

Kegelapan itu masalah
Maka dari situ, mereka ciptakan lampu

Perjalanan jauh itu masalah
Maka dari situ terciptalah kenderaan

Tuhan tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya

Menjadi anak kecil tanpa membesar itu masalah
Oleh itu, kita membesar

Anak kecil punya masalah untuk bergerak, bercakap serta membaca
Maka dengan kesungguhan, kita mampu berjalan, berhujah serta belajar

Mengapa bila diuji dengan masalah pada ketika ini
Kita tak mampu hadapi dan tempuhi dengan semangat seperti waktu dahulu? 

Terima masalah dengan fikiran positif
Hadapi masalah dengan senyuman
Kerana tiap-tiap masalah itu
Menjadikan kita mukmin yang kuat

Selesaikan masalah satu-persatu
Masalah yang besar, kita kecilkan kepada pecahan-pecahan kecil
Masalah yang berat, kita pikul bersama
Masalah yang baru, selesaikan dengan cara yang baru
Masalah yang tak dapat diselesaikan, biarkan ia berlalu dengan desiran waktu

Jadikan masalah itu sebagai teman hidup mengiringi hari-hari mendatang
Kerana dengan masalah dulu, kita mampu hidup seperti hari ini

Thursday 7 November 2013

Kisah Satu Malam

- 5 Nov 2013 -
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan
Sehebat mana pun rancangan, tapi kalau tak diizinkan, tak tercapai jugak

Selalu dengar macam-macam kes yang berlaku
Bunuh, tembak, ragut
Berlaku dalam negara sendiri
Dalam fikiran dah mula fikir tak selamat
Susah gila kalau nak jumpa manusia baik

Tapi
Hari ini
Mungkin Allah nak tunjuk
Masih ramai manusia yang baik
Bukan semua punya hati busuk

Terima kasih
Pacik driver bas, pekerja Shell Temerloh, peronda PLUS Temerloh dan skuad Jabatan Pertahanan Awam Temerloh

Nampaknya perjalanan ke Kuala Terengganu tersekat di Temerloh
Oh,
yang paling berjasa
En.abah, Mdm.ibu dan cik adik
Tak pasal-pasal menghabiskan detik-detik terakhir cuti maal hijrah ke temerloh satu malam :P