Sunday 17 November 2013

#1 Moral of The Story


************** Aspuri ***************

"Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada semua pelajar putri, anda ada masa lagi 5 minit untuk mengosongkan kawasan asrama."

" Dalam kiraan 10! 9! 8! 7! 6! 5! 4! 3! 2!..."

Lambat lagi.

Turun tangga lari-lari dengan muka sememeh. Tudung main sarung. Stokin pun kadang-kadang tak sempat nak pakai.

Isi borang merit asrama. Belek-belek kertas merit kawan sekelas perempuan yang lain. Cantik je kertas diorang.
Paling tak pun ada la 3 atau 4 column terisi.
Belek-belek kertas aku.
Eh, dah habis column. Tambah kertas?
Sengeh kat pengawas yang jaga pagar. Dia pun dengan senyum kambing hulur kertas baru.
Kesalahan yang sama pada setiap column -- Lambat

************** Dataran Perhimpunan***************

"Kita buka majlis kita dengan Ummul-Kitab, Al-Fatihah...."

Ah, Lambat! Penat je lari-lari nak kejar.
Dengan muka konon-konon tak bersalah. Beratur depan menghadap semua student lain.
Mula-mula malu. Lama-lama, lali.

Lama pulak ustaz sampaikan amanat.
Kaki dah lenguh. Mata dok usha budak-budak beratur dalam barisan.
Ada yang bisik-bisik, ada jugak yang mata dok kerling-kerling barisan budak lelaki. cis. sempat lagi.
Eh, macam kita pulak cikgu.

"Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah dan surah al-asr...."

Jantung mula berdebar. Ustaz turun pentas. Dekat tangan ada buluh kaler coklat. Namanya 'rotan'. Kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Ada tu siap mekap, balut-balut dengan tape tebal warna merah kat bahagian hujung. Rotan pun nak bergincu jugak kot.

"Kenapa lambat?" soalan cliche dijawab dengan jawapan cliche jugak lah. "Bangun lambat"
Kadang-kadang ustaz tak tanya dah. terus.. Zap!

Kalau tak tapak tangan, betis.
Oh, kadang-kadang buat exercise.
Squat? pfff.. a.k.a ketuk ketampi.

Frequency: at least 4 kali seminggu.

*Siaran tergendala*
-----------------------------------------------------------------------------
Terkejar-kejar sebab lambat -- Meletihkan
Beratur dalam kalangan minoriti yang gagal menghadirkan diri tepat pada masa di hadapan khalayak ramai yang rata-rata berjaya tepat pada masa -- Memalukan
Dirotan sudah pasti -- Menyakitkan

Sakit rohani, terzahir kepada sakitnya fizikal.
Puncanya mudah -- Malas. Tak Mahu Berubah.
Sebab hati dah keras. Biar apa orang kata.
Tapi sampai bila?

Kalau tak sanggup 'dirotan' berhari-hari,
Cuba untuk awal.
Kalau bangun pukul 6 pagi kita masih lambat walhal yang lain sudah siap tercegat di dataran.
Mungkin boleh cuba sejam lebih awal?
Sebab semua orang berbeza.
Ada yang boleh bersiap cantik, segak dalam masa sejam.
Ada yang perlu masa tambahan untuk sama cantik dan segak.

-- Mungkin aku perlu 3 jam lebih cepat?




No comments:

Post a Comment