Cuba lari dari masalah
Masalah sering jadi halangan, punca hilang kekuatan dan semangat
Tapi tak ramai sedar
Masalah punca kepada sesuatu yang lebih baik
Kegelapan itu masalah
Maka dari situ, mereka ciptakan lampu
Perjalanan jauh itu masalah
Maka dari situ terciptalah kenderaan
Tuhan tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya
Menjadi anak kecil tanpa membesar itu masalah
Oleh itu, kita membesar
Anak kecil punya masalah untuk bergerak, bercakap serta membaca
Maka dengan kesungguhan, kita mampu berjalan, berhujah serta belajar
Mengapa bila diuji dengan masalah pada ketika ini
Kita tak mampu hadapi dan tempuhi dengan semangat seperti waktu dahulu?
Terima masalah dengan fikiran positif
Hadapi masalah dengan senyuman
Kerana tiap-tiap masalah itu
Menjadikan kita mukmin yang kuat
Selesaikan masalah satu-persatu
Masalah yang besar, kita kecilkan kepada pecahan-pecahan kecil
Masalah yang berat, kita pikul bersama
Masalah yang baru, selesaikan dengan cara yang baru
Masalah yang tak dapat diselesaikan, biarkan ia berlalu dengan desiran waktu
Jadikan masalah itu sebagai teman hidup mengiringi hari-hari mendatang
Kerana dengan masalah dulu, kita mampu hidup seperti hari ini
No comments:
Post a Comment