Sunday 8 December 2013

Latihan Yang Meletihkan

Practice makes perfect.
Sesungguhnya latihan berterusan itu sangat meletihkan.
Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan berterusan.

'Jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka engkau harus sanggup menanggung pahitnya kebodohan' - Imam Syafie

Semoga terus dikuatkan semangat untuk mengaut sebanyak boleh ilmu Allah supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia sejagat.

Semoga terus diberi keikhlasan dalam hati untuk terus menerus membantu mereka yang memerlukan. Walau kadang-kadang, mereka tak sedar yang mereka memerlukan bantuan tersebut.



Sunday 17 November 2013

#1 Moral of The Story


************** Aspuri ***************

"Assalamualaikum w.b.t. Perhatian kepada semua pelajar putri, anda ada masa lagi 5 minit untuk mengosongkan kawasan asrama."

" Dalam kiraan 10! 9! 8! 7! 6! 5! 4! 3! 2!..."

Lambat lagi.

Turun tangga lari-lari dengan muka sememeh. Tudung main sarung. Stokin pun kadang-kadang tak sempat nak pakai.

Isi borang merit asrama. Belek-belek kertas merit kawan sekelas perempuan yang lain. Cantik je kertas diorang.
Paling tak pun ada la 3 atau 4 column terisi.
Belek-belek kertas aku.
Eh, dah habis column. Tambah kertas?
Sengeh kat pengawas yang jaga pagar. Dia pun dengan senyum kambing hulur kertas baru.
Kesalahan yang sama pada setiap column -- Lambat

************** Dataran Perhimpunan***************

"Kita buka majlis kita dengan Ummul-Kitab, Al-Fatihah...."

Ah, Lambat! Penat je lari-lari nak kejar.
Dengan muka konon-konon tak bersalah. Beratur depan menghadap semua student lain.
Mula-mula malu. Lama-lama, lali.

Lama pulak ustaz sampaikan amanat.
Kaki dah lenguh. Mata dok usha budak-budak beratur dalam barisan.
Ada yang bisik-bisik, ada jugak yang mata dok kerling-kerling barisan budak lelaki. cis. sempat lagi.
Eh, macam kita pulak cikgu.

"Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah dan surah al-asr...."

Jantung mula berdebar. Ustaz turun pentas. Dekat tangan ada buluh kaler coklat. Namanya 'rotan'. Kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Ada tu siap mekap, balut-balut dengan tape tebal warna merah kat bahagian hujung. Rotan pun nak bergincu jugak kot.

"Kenapa lambat?" soalan cliche dijawab dengan jawapan cliche jugak lah. "Bangun lambat"
Kadang-kadang ustaz tak tanya dah. terus.. Zap!

Kalau tak tapak tangan, betis.
Oh, kadang-kadang buat exercise.
Squat? pfff.. a.k.a ketuk ketampi.

Frequency: at least 4 kali seminggu.

*Siaran tergendala*
-----------------------------------------------------------------------------
Terkejar-kejar sebab lambat -- Meletihkan
Beratur dalam kalangan minoriti yang gagal menghadirkan diri tepat pada masa di hadapan khalayak ramai yang rata-rata berjaya tepat pada masa -- Memalukan
Dirotan sudah pasti -- Menyakitkan

Sakit rohani, terzahir kepada sakitnya fizikal.
Puncanya mudah -- Malas. Tak Mahu Berubah.
Sebab hati dah keras. Biar apa orang kata.
Tapi sampai bila?

Kalau tak sanggup 'dirotan' berhari-hari,
Cuba untuk awal.
Kalau bangun pukul 6 pagi kita masih lambat walhal yang lain sudah siap tercegat di dataran.
Mungkin boleh cuba sejam lebih awal?
Sebab semua orang berbeza.
Ada yang boleh bersiap cantik, segak dalam masa sejam.
Ada yang perlu masa tambahan untuk sama cantik dan segak.

-- Mungkin aku perlu 3 jam lebih cepat?




#1 Rindu Zaman Itu

Rindu
Rindu zaman-zaman nakal
Rindu zaman-zaman asyik nak melawan
Rindu zaman sekolah

Betapa sabarnya cikgu-cikgu melayan karenah anak-anak murid yang pelbagai ragam
Dengan lambat keluar asrama, ponteng perhimpunan, ponteng kelas prep, cabut lari balik awal, solat dalam dorm, keluar tanpa kebenaran, macam-macam lagi.
Betapa sayangnya cikgu-cikgu menjaga anak-anak murid yang sakit
Walaupun anak-anak murid tu yang selalu buat cikgu naik angin.
Betapa tabahnya hati cikgu mengajar sampai aku faham. Berulang kali.
Walaupun sampai ke sudah tetap tak dapat score.
Betapa cekalnya cikgu bertahan dengan murid yang sama selama 5 tahun!

Antara subject yang memang aku tak minat, tak ada jiwa langsung
Sejujurnya
Biologi. Chemistry. Add Maths.
Sejujurnya lagi
Nama aku memang dalam top 5 setiap kali exam untuk subject-subject ni.
Top 5 dari bawah. -.-"
Siap kena masuk kelas khas untuk budak-budak 'special' lah sangat.
Tapi cikgu tak pernah nak herdik
Cikgu tak pernah nak merungut penat nak ajar
Cikgu tak pernah nak buat muka yang boleh buat aku terasa macam sangat useless.
Cikgu selalu bagi perhatian lebih
Ajar sampai faham, personally.
Cikgu bagi macam-macam tips.
End up, aku score cukup-cukup makan time SPM.
Tapi cikgu tak marah. tak layan aku macam budak bangang.
Cikgu still ingat nama, cikgu cakap, cikgu sayang anak murid dia. cikgu sentiasa doakan yang terbaik.

Betul lah, jadi pendidik bukan senang.
Sabar, ikhlas dan memahami.
Itu cikgu yang mendidik.
Tak cukup sekadar mengajar ABC, 123 tanpa ada nilai-nilai dalam proses didikan.
Sebab memang susah nak tembus masuk, lekat dalam hati, dalam kepala murid. Lagi-lagi yang slow macam aku.

Dan hari ini
Subject-subject yang macam dah takde harapan tu lah yang melekat dengan aku untuk hampir 6 tahun start habis sekolah. fuh!
Dan sampai hari ni
Aku takkan pernah lupa cikgu-cikgu yang sakit kepala selalu nak bagi aku faham subject-subject tu
Sebab sekarang, susah nak jumpa pendidik yang betul-betul mendidik dengan sabar, ikhlas dan faham setiap isi hati.



Friday 15 November 2013

Kau Tak Faham

"Kau tak rasa apa yang aku rasa"

"Kau tak faham apa yang aku rasa"

"Untunglah kau, tak macam aku..."

Cukuplah
Tuhan itu adil
Apa yang kau rasa, dia tak rasa
Apa yang dia rasa, kau tak rasa

Jangan pentingkan diri sendiri dengan konon masalah aku besar gila
Orang lain semua takde masalah

Setiap orang ada masalah
Setiap orang ada rasa disimpan dalam hati
Setiap orang ada rahsia yang disimpan seorang diri tanpa siapa mengerti
Setiap orang juga ada sejarah tersendiri

Cukuplah ungkapkan kata-kata seperti orang lain tak punya sesuatu yang mengganggu fikiran dan hidup mereka
Mereka nampak senang, gembira
Sebab mereka tahu cara untuk hadapi dengan senyuman
Mereka tahu, mereka takkan dapat apa-apa dengan hanya mnengadu domba pada manusia
Mereka juga tahu tiada apa yang mereka dapat dengan hanya update status di facebook atau twitter

Larilah bersama semua yang menyerabutkan fikiran itu
Larilah menghadap Allah

Hidup Penuh Masalah

Ramai mengeluh bila berdepan dengan masalah
Cuba lari dari masalah
Masalah sering jadi halangan, punca hilang kekuatan dan semangat

Tapi tak ramai sedar
Masalah punca kepada sesuatu yang lebih baik

Kegelapan itu masalah
Maka dari situ, mereka ciptakan lampu

Perjalanan jauh itu masalah
Maka dari situ terciptalah kenderaan

Tuhan tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuan hambanya

Menjadi anak kecil tanpa membesar itu masalah
Oleh itu, kita membesar

Anak kecil punya masalah untuk bergerak, bercakap serta membaca
Maka dengan kesungguhan, kita mampu berjalan, berhujah serta belajar

Mengapa bila diuji dengan masalah pada ketika ini
Kita tak mampu hadapi dan tempuhi dengan semangat seperti waktu dahulu? 

Terima masalah dengan fikiran positif
Hadapi masalah dengan senyuman
Kerana tiap-tiap masalah itu
Menjadikan kita mukmin yang kuat

Selesaikan masalah satu-persatu
Masalah yang besar, kita kecilkan kepada pecahan-pecahan kecil
Masalah yang berat, kita pikul bersama
Masalah yang baru, selesaikan dengan cara yang baru
Masalah yang tak dapat diselesaikan, biarkan ia berlalu dengan desiran waktu

Jadikan masalah itu sebagai teman hidup mengiringi hari-hari mendatang
Kerana dengan masalah dulu, kita mampu hidup seperti hari ini

Thursday 7 November 2013

Kisah Satu Malam

- 5 Nov 2013 -
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan
Sehebat mana pun rancangan, tapi kalau tak diizinkan, tak tercapai jugak

Selalu dengar macam-macam kes yang berlaku
Bunuh, tembak, ragut
Berlaku dalam negara sendiri
Dalam fikiran dah mula fikir tak selamat
Susah gila kalau nak jumpa manusia baik

Tapi
Hari ini
Mungkin Allah nak tunjuk
Masih ramai manusia yang baik
Bukan semua punya hati busuk

Terima kasih
Pacik driver bas, pekerja Shell Temerloh, peronda PLUS Temerloh dan skuad Jabatan Pertahanan Awam Temerloh

Nampaknya perjalanan ke Kuala Terengganu tersekat di Temerloh
Oh,
yang paling berjasa
En.abah, Mdm.ibu dan cik adik
Tak pasal-pasal menghabiskan detik-detik terakhir cuti maal hijrah ke temerloh satu malam :P


Monday 30 September 2013

Expect the Unexpected

Terlalu banyak perkara yang kita boleh belajar tentang kehidupan bila kita jumpa dengan orang yang kurang bernasib baik dari kita --

Jumpa dengan mereka yang diberi ujian hidup seawal usia 20-an
Buat diri ini rasa sangat bersyukur
Gaya hidup yang sama
Corak pemakanan yang lebih kurang sama
Cuma, dia dipilih untuk terima kifarah dosa itu.
Dia masih mampu senyum, masih rancak bercerita cerita-cerita gembira bersama pesakit lain.
Dia sangat tabah, cekal, kuat semangat.

Jumpa pula dengan pesakit sekitar usia 30 atau 40-an
Masa ini, ramai yang sedang berada di puncak
Sedang usaha gigih memerah keringat mengumpul harta untuk hari kemudian
Punyai keluarga sendiri, anak-anak atau mungkin on the way ke arah itu
Tapi, melihat pada dia yang hilang nikmat melihat, tak mampu bekerja.
Ditinggalkan isteri yang disangka akan setia sampai mati
Buat diri ini tersentak
Kalau Allah nak tarik nikmat pada kita, sekelip mata Dia boleh buat
Apa pula nasib aku pada usia ini?

Menjangkau usia separuh abad
Kalau nak kata ada penyakit tu
Bukan benda pelik, macam biasa-biasa sahaja
Yang pelik kalau tiada penyakit
Yang menghampiri tempoh expired bekerja mula risau
Berapa banyak belanja untuk rawat sakit?
Duit cukup ke?

Sewaktu usia senja 60 hingga 70-an
Yang punya anak mengenang jasa, beruntunglah
Yang punya anak sibuk sentiasa, bersabarlah
Aku? 
Bakal jadi anak yang macam mana?

Cecah usia 80-an
Anak-anak dah 'penat' nak jaga mak ayah
Mak ayah kurang selera makan dekat 3 tahun
Ditawarkan rawatan,
Anak tolak mentah-mentah
Katanya masih mampu jaga orang tua 
Bila dipujuk untuk teruskan rawatan
Katanya;'Umur dah lebih'

Aku--
Bakal jadi anak yang macam mana?
Bakal jadi manusia yang serupa apa?

Mampukah untuk redha, terima seadanya
Andai takdir aku tak seindah mimpi-mimpi?

Mohon Tuhan kuatkan hati ini
Sentiasa redha dengan segala ketentuan-Mu.

  






Sunday 29 September 2013

Aku Tak Mahu Seperti Dia

Tuhan temukan kita dengan pelbagai jenis manusia supaya kita boleh belajar dari mereka.
Tak semestinya yang nampak bijak, pandai, gah itu ideal sebagai contoh.
Tuhan temukan kita, kemudian Dia akan tunjuk pada kita apa hakikat disebalik rasa kagum pada mereka.

Satu hari nanti, 
Aku cuma berharap
Bila aku mampu untuk berjaya
Aku tak jadi macam dia
Yang mulanya aku kagumi
Yang mulanya aku hormati
Rupanya ada hitam pada hati
Yang rasa diri terlalu hebat
Sehingga merendah-rendahkan yang lain
Sampaikan sanggup bina tembok
Tak mahu bercampur dengan yang lain 
Kerana rasa tidak setanding dengan yang masih mentah

Aku cuma berharap
Aku tak jadi angkuh, sombong, bongkak
Aku sangat berharap
Aku tak teladani yang buruk dari dia.

Allah.. tetapkan hati ini.
Tetap sebagai hati seorang hamba. 

Teguran

Setiap yang berlaku ada hikmah. yes!
Dan hari ini perkara yang buat jantung ni macam nak tercabut jadi sekali lagi.

Aku seorang pelajar, sedang dalam proses belajar. Mana mungkin semua yang aku buat akan jadi perfect! even orang dah kerja pun still lacking in some aspects.

Cuma, tak perlu jadi perfect. Hanya perlu improve. Better from before.
Biar orang hanya nampak salah kita. Tapi kita tahu, kita dah improve in something.
Biar orang nak marah. Biar orang tak sebut tentang improvement kita.
Kita tahu siapa kita.
Kita tahu apa yang kita dah usaha.
Kita tahu apa yang sedang kita usahakan.

Cuma selalu kita rasa usaha tu dah cukup.
Walhal usaha tu tak sampai secoet pun.

Mungkin sebab tu, Allah hantar seseorang.
yang boleh tegur kita, yang boleh ingatkan kita.

Just accept!
Teguran itu untuk kebaikan
Teguran sebab Allah nak bantu kita, melalui seseorang.

So,
Tak perlu rasa down.
Tak perlu rasa nak give up.

Benda-benda ni semua yang bantu kita untuk jadi lebih kuat.

Say Alhamdulillah, Thank You Allah!
For not ignoring me.
For always remind me.

*Chin up*




Monday 23 September 2013

Tolong Orang Itu Bosan!

Kita kata kita bosan. penat. tak minat.
Sedangkan tersangat lah ramai yang menanti kita.
Untuk kita lakukan benda yang 'membosankan', 'memenatkan' dan 'tak minat'.

Mereka menanti dengan penuh harapan.
Supaya dapat sihat.
Supaya dapat hidup seperti yang lain.
Supaya dapat gembira bersama tersayang.

Sanggup kita rasa bosan? penat? tak minat?
Buat benda sambil lewa.

Sedangkan,
Benda yang bosan itu yang boleh tolong seorang ayah terus bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
Benda yang memenatkan itu yang boleh tolong seorang ibu bergelak tawa bersama anak-anak.
Benda yang kita tak minat itu juga yang boleh tolong seorang anak masih mampu memberi senyum dan harapan pada ibu dan ayah.

Dan benda yang diulang-ulang itu membolehkan orang yang dulunya tak boleh rasa manis dan pahit, kini mampu rasa pelbagai perisa.

Jangan rasa bosan untuk tolong orang.
Jangan rasa fed-up untuk tolong orang.
Jangan sambil lewa bila tolong orang.

Jangan berlagak.
Kongsilah ilmu pada orang ramai.
Sebab itu amanah.
Kita terpilih untuk bantu mereka.
Buat seikhlas hati.
Lillahi ta'ala.

Being a healthcare professional is actually the best opportunity to help us for hereafter.

# Pesakit itu mesin pahala kita. Tak suka dengan pahala? Oh, sangatlah rugi!


Saturday 24 August 2013

Kenapa Belajar?

Belajar --  Graduasi -- Kerja -- Kahwin -- Sara hidup -- Sara keluarga

*typical*

Kenapa perlu belajar?

Belajar bukan untuk diri sendiri.
Belajar bukan untuk orang lain.
Balajar bukan untuk kampung.
Balajar bukan untuk negara.
Semata-mata.

Balajar itu --
Supaya kita mampu teruskan tugas anbiya' --
Dakwah.
Sampaikan pada seluruh ummah.

Belajar itu hakikatnya untuk agama --
ISLAM.

Untuk berkhidmat demi agama --
ISLAM

Bukanlah tugas dakwah itu pada mereka jurusan agama sahaja.
Islam itu luas.
Bukankah Islam is the way of life?
Semua aspek perlu pada Islam.

Perakaunan, Kedoktoran, Sains, Teknologi, Kejuruteraan --
Semua.
Asasnya --
Islam.
Lillahi ta'ala.

Supaya Islam bangkit semula.
Supaya Islam tidak lagi diinjak-injak.
Seperti hari ini.

Balajar --
Fahamkan ilmu dengan akal.
Ingat ilmu dengan hati.

Insya Allah.

Saturday 10 August 2013

Lauk Tambah

Suami dia takut dengan bini --
Anak dia tak suka balik jenguk mak bapak --
Dia suka bergaduh dengan jiran-jiran --

Puas kata itu ini tentang dia?
Apa kau tahu semua perihal suami, anak, jiran tetangga dia?

Sudah-sudah la mengata pasal orang lain.
Sudah-sudah la mengumpat pasal anak dia.

Kau pernah mengadu tentang anak kau.
Anak tak nak hormat.
Anak panggil kau dengan nama sahaja.
Anak tak suka tolong.

Kenapa perlu cerita tentang anak, keluarga orang lain?
Takut-takut fitnah itu memakan diri.
Jadi lebih teruk pada kau.

Patut lah --
Budak-budak tak elok dengar orang tua bercerita.
Sebab -- 
Takut fikiran naif itu dicemar dengan cerita rekaan mereka.
Cerita yang tiada rujukan mana-mana.
Hanya dirujuk pada mulut-mulut orang sekeliling.

Mungkin lauk pauk terhidang tak cukup.
Sebab tu tambah dengan daging saudara sendiri?
Daging Cik Jah masak rendang--
Daging Kak Long masak merah --
Daging Pak Samad masak gulai --

Sedapnya. 

Sorry, not my taste. 


Sunday 16 June 2013

Perasan Bagus

Bila orang buat salah
Jari laju tegak menuding

Bila orang buat salah
Mulut dah jadi macam mesin maki hamun
Meluncur laju kutuk carut
Sedap sedap mengata

Apa kau cukup bagus?
Kata orang itu ini
Pandang orang jeling-jeling

Kau, aku, dia, mereka
Semua buat salah
Kadang-kadang tak sedar

Ingat kau hebat
Tapi kalau sabar pun tak boleh kawal
Sedar-sedarlah

Mungkin mereka yang salah dah sedar
Takut kau sampai ke sudah
Asyik perasan bagus

Adios~

Friday 14 June 2013

Masalah

Mereka kata masalah mereka paling besar
Tapi mereka lupa
Yang tuhan tak pernah membebani hambanya melebihi kemampuan mereka

Mereka mengeluh
Dalam hati mula timbul pelbagai rasa
Rasa bahawa diri tidak diadili
Walhal
Perasaan mereka telah menguasai lebih dari akal yang waras
Kata orang
Ikut hati mati, ikut rasa binasa


Saturday 11 May 2013

Kerana Cinta Itu

Kerana cinta itu mengasyikkan
Sehingga ramai yang menginginkan

Kerana cinta itu indah
Pencarian cinta tak pernah lelah

Kerana cinta itu suci
Cinta hakiki itu milik Tuhan

Pabila sang pemburu cinta makhluk terlalu asyik bermimpi, akhirnya mereka mula pasrah.
Kerana waktu itu, pemburu cinta itu sedar. Hanya dari Tuhan, cinta itu boleh diminta.

Cukuplah mencari 'imam' hidup, jika diri tak mampu menjadi makmum yang taat
Cukuplah mencari pendukung semangat, jika diri tidak punya api semangat

Kerana dia yang tertulis namanya di luh mahfuz sudah terpatri
Cuma perlu usaha dari si pemburu cinta
Untuk persiap diri menjadi ketua bahtera, menjadi penasihat anak kapal
Supaya bahtera itu, mampu pergi jauh ke tempat paling indah dijanjikan Tuhan dan tidak tenggelam dalam lautan gelora

Wednesday 8 May 2013

Ego

Manusia kadang terlalu ego
Pejam mata dari lihat apa yang benar
Pekakkan telinga dari dengar perkara yang jujur
Keraskan hati dari terima yang hakikat

Manusia ini terlalu sombong
Cuma fikir kesenangan sendiri
Tanpa fikir mereka di sekeliling
Yang memerlukan lebih dari simpati

Tunggu
Bila sampai masanya
Manusia ego itu terhantuk
Manusia ego itu terjatuh
Manusia ego itu tersungkur
Sehingga sakit dan luka pada hati

Moga-moga saja
Darah dan luka pada hati itu
Mampu sucikan ego yang terlalu hitam

Monday 4 March 2013

Sepi

Bila hati kosong
Dunia yang penuh masih terasa sepi
Tanpa pujian
Diri terasa asing
Rasa tak berguna
Rasa tak diperlu

Kenapa perlu ditagih puji manusia
Kenapa perlu minta perhatian orang lain
Sedangkan
Yang Maha Melihat sedang lihat segalanya
Yang Maha Penyayang sayang pada semua
Yang Maha Pengasih kasih pada hambanya

Mahu disayang, dikasih oleh Maha Kuasa sungguh mudah
Cuma perlu taat perintah
Jangan buat Dia marah
Semua yang diperintah adalah fitrah
Langsung tak bercanggah
Yang diperintah untuk kebaikan
Yang ditegah bukanlah susah
Kalau hati bersih dan suka pada yang baik-baik
Takkan jadi masalah

Lagi satu
Kita masih punya keluarga
ayah, ibu, adik, kakak, abang, makcik, pakcik, serta sepupu
Kalaupun sebatang kara
Kawan masih ada
Kalau tak beribu
Masih ada satu

Percayalah
Masih ada yang sayang kamu
Jangan buat mereka menangis
Dengan tindak tanduk terburu-buru
Tukar yang pahit menjadi manis
Kerana pahit pada hati dan emosi
Yang lain akan turut rasa

" Today, when 500+ friends and classmates showed up at my younger cousin's funeral, I wondered where they were last week when he wrote that letter said, "i have nothing and no one to live for".-MakesMeThing"

Sunday 3 March 2013

Kau Yang Istimewa

Pilihan. Banyak dalam kehidupan.
Tapi
Ada sesetengah perkara
Kita tak boleh pilih

Kita tak minta
Untuk jadi orang yang bagaimana
Untuk di'install' akal yang bagaimana
Miliki rupa 'biasa-biasa'
'Memakai' kulit warna apa
Punyai badan berbentuk apa
Melagu suara yang tiada irama

Tapi
Kenapa ada yang berani persenda
Malah mengkritik
Karya agung Yang Maha Sempurna

Ada manusia
Dijadikan cukup istimewa
Punya ciri sendiri
Lain dari biasa
Walau beza latar belakang
Miliki muka dan ciri seakan serupa

Tapi
Kenapa ada yang menghina
Karya istimewa Yang Maha Bijaksana
Malah tertawa

Ada yang menghindar
Umpama mereka bawa wabak berjangkit
Boleh sebabkan mautkah?

Atau mungkin bukan mereka yang'berpenyakit'
Bukan mereka yang bawa wabak
Tapi
'Sesetengah orang' yang konon sihat
Punyai hati dan fikiran yang sakit
Sakit yang kita tak boleh nampak
Sehingga tak bisa menilai
Karya istimewa Maha Pencipta

Insan istimewa
Permata berharga
Jangan dihina
Jangan dicela
Kerana mereka juga manusia
Sama seperti kita
Tiada beza
Cuma kita 'biasa-biasa'
Mereka ISTIMEWA

* Orang yang bijak menghargai pasti faham apa itu 'istimewa' dan tak akan persia-siakan sesuatu yang 'istimewa.