Thursday 11 October 2012

Menangis


Waktu bayi
Menangis itu kerana lapar
Menangis itu untuk perhatian
Menangis itu untuk meluahkan apa yang dirasa dalam hati
Tak kira pada siapa, masa bila atau mana-mana
Asal terluah dengan tangisan dan ada yang memujuk
Itu sudah cukup


Waktu kanak-kanak
Menangis itu untuk dapatkan sesuatu
Menangis itu masih untuk perhatian
Menangis pada tempat yang sesuai
Pada mereka yang kita tahu
Pasti akan memujuk

Waktu remaja
Menangis bukan satu pilihan
Luahkan dengan kata-kata
Luahkan dengan perbuatan
Mula waktu memberontak
Masih untuk menarik perhatian
Mereka yang sudi memberi prihatin


Alam dewasa
Tangisan hanya terluah dalam keadaan memaksa
Tangisan yang tak siapa dengar
Hanya mampu menangis dalam hati
Hanya mampu pujuk diri sendiri
Tak siapa lagi peduli

Atau mungkin ada yang masih prihatin
Tapi boleh dibilang dengan jari

Pabila usia semakin matang
Hati juga harus matang
Fikiran itu perlu matang
Hati perlu tabah
Fikiran perlu teguh

Tak perlu menangis merayu pada sang manusia
Yang belum tentu mampu menolong
Pilih pada satu jalan
Pulang pada Yang Esa
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar

Mengadu pada Yang Satu
Pasti hati jadi utuh
Mengadu pada yang lain
Takut hati makin perit 

Constant


No comments:

Post a Comment