Tuesday 11 December 2012

Salahkah Aku?

Manusia sering buat salah dan silap.
Salah langkah.
Salah perbuatan.
Salah faham.
Salah tafsir.
Serba salah.

Maaf, kerana saya terlalu banyak lakukan salah dan silap.

Salah dan silap orang, memang mudah kita lihat.
Mudah untuk kita jatuhkan hukuman.
Mudah kita serongkan pandangan.
Mudah kita keluarkan makian.
Mudah kita mengata.

Maaf, kerana saya mudah lakukan salah dan silap seperti ini.

Kita marah bila orang kata kita salah.
Kita cuba pertahankan apa yang kita buat. Walaupun salah.
Kita kata mereka yang tak faham.
Kita marah mereka yang cuba tolong betulkan.

Kenapa?

Sebab diri terlalu ego.
Sebab diri terlalu susah mengaku salah.
Sebab diri terlalu susah untuk memohon maaf.
Sebab diri terlalu sombong untuk terima pandangan orang lain. 

Masih salah lagikah sebab-sebab itu?

Allah..
Banyak nya salah kita.
Sudahlah buat salah pada awal.
Buat salah pada orang yang kita rasa mereka bersalah.
Dan buat salah pada orang yang cuba tolong betulkan.


Itu baru salah pada makhluk.
Salah pada Pencipta?
Kita sedar?
Atau kita buat-buat tak sedar?
Sebab kesan dan hukuman dari salah itu Allah tak beri on-the-spot?

"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya."
(Surah Faatir, 35: 45)

Terlalu banyak salah kita.
Kalau Allah terus seksa kita on-the-spot, takde apa lagi yang tinggal atas muka bumi ini.

Masih tak nak mengaku salah kita?

Muhasabah.

Renungkan.

Fikir sejenak.

Mohon maaf pada semua.

Mohon keampunan dari Yang Maha Pengampun.

Untuk semua salah silap.

Samada sedar atau tidak.
Samada sengaja atau tidak.

No comments:

Post a Comment